ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 655 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya yang dikesan sepanjang Op Khas Hari Raya Aidiladha 2022 yang dilaksanakan di negeri ini.
Pengarah JPJ Kedah Abdul Rahman Emang Anyie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman turut dikeluarkan ke atas pemandu warga asing (PeWA).
"Penguatkuasaan lebih tegas pada sembilan kesalahan iaitu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas atau langgar lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya.
"JPJ amat serius dalam mencapai sasaran pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya setiap tahun, sekurang-kurangnya 50 peratus," kata Abdul Rahman.
Katanya, dalam operasi dari 7 Julai hingga tengah malam tadi, empat pemandu dikesan positif dadah.
Jelasnya kesemua kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Abdul Rahman memaklumkan, operasi turut tertumpu pada kenderaan awam di mana penyamaran penumpang dan pemeriksaan pemandu bas turut dilakukan di terminal bas utama di Alor Setar dan Sungai Petani.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan operasi bersepadu di bandar raya ini, malam tadi.
Operasi turut membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Puspakom, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam operasi malam tadi, JIM turut menahan dua wanita warga Indonesia berusia 30 dan 32 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 13 2022
JPJ Kedah dengan kerjasama beberapa agensi mengadakan Op Khas Aidiladha di sekitar Alor Setar malam tadi. - Foto Astro AWANI
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah
Antara kesalahan yang sering dikesan ialah memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had laju.
Tiga daerah di Kedah catat kemalangan tertinggi dalam negara
Daerah Kuala Muda mencatatkan 121 kemalangan, Kota Setar sebanyak 75 kes, manakala Kulim 63 kemalangan maut.
JPJ Kedah sita 507 motosikal ditunggang warga asing
Jumlah itu ialah 72.43 peratus daripada keseluruhan 700 motosikal yang disita sepanjang tempoh operasi berkenaan dijalankan.
655 saman dikeluarkan JPJ Kedah sepanjang Op Aidiladha
Daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman turut dikeluarkan ke atas pemandu warga asing.
Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah
Setakat ini, dua individu dari Langkawi dan Baling telah menyerah diri dan menyerahkan lesen tersebut secara sukarela.