BUTTERWORTH: Seorang pemandu bersama 15 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di kilometer 5.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi Isnin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.19 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.
Menurutnya, kesemua mangsa yang terdiri daripada enam lelaki dan 10 wanita hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan yang turut tiba di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati tidak melibatkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
"Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.29 pagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 06 2023
Penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanan: Anggota bomba melakukan pemeriksaan pada bas ekspres yang terbalik. - Foto Sinar Harian
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Bas ekspres terbalik, tangan kanan pemandu hancur
Sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke Johor Bahru yang membawa 11 penumpang terbalik di Kilometer 51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.
Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik
Mangsa, enam lelaki dan 10 wanita, hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal di lokasi kejadian.
Bas ekspres terbalik, 20 penumpang selamat
Bas ekspres dari KLIA menuju Batu Pahat, Johor itu terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah.