Kalangan penumpang membelanjakan kira-kira RM1 bilion, terutamanya bagi pembelian pakaian, fesyen serta makanan di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di seluruh negara, tahun lepas.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata ada premis peruncitan di lapangan terbang berkenaan yang turut mencatat kenaikan jualan sebanyak 24 peratus pada tahun lepas berbanding tempoh sebelumnya.
"Walaupun premis itu dan bukannya MAHB mencatat jualan RM1 bilion, kami sebaliknya mendapat manfaatnya menerusi bayaran sewa. Oleh itu, ia membawa kebaikan kepada MAHB apabila premis berkenaan mencatat jualan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk beridentitikan Pulau Pinang dikenali Seri Pinang di cawangan Agrobazaar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, pada Jumaat.
Laporan sebelum ini menyatakan jumlah penumpang di 39 lapangan terbang kendalian MAHB di seluruh negara mencecah 96.54 juta orang pada 2017 berbanding 88.98 juta orang pada 2016.
Daripada jumlah itu, seramai 49.4 juta orang adalah penumpang antarabangsa manakala penumpang domestik sebanyak 47.14 juta orang.
Badlisham berkata MAHB akan meneruskan usahanya bagi mempromosikan pelbagai acara serta makanan Malaysia menerusi kerjasama dengan beberapa entiti bagi kemudahan penumpang berbelanja.
Mengulas jumlah penumpang bersempena sambutan Tahun Baru Cina dua minggu lagi, Badlisham berkata ia dijangka meningkat tiga kali ganda berbanding anggaran 50,000 orang sehari di klia2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini.
"Peningkatan jumlah itu dijangkakan bagi penumpang yang tiba dan berlepas," katanya.
Badlisham berkata MAHB juga akan memulakan sistem bagi penumpang meletakkan sendiri bagasi masing-masing pada minggu depan bagi mengurangkan tempoh menunggu dan barisan panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2018
![Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017 Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494427831_MalaysiaAirports.jpg)
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata ada premis peruncitan di lapangan terbang berkenaan yang turut mencatat kenaikan jualan sebanyak 24 peratus pada tahun lepas berbanding tempoh sebelumnya.- Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730338204_MalaysiaMidnightSa.jpg)
Malaysia Midnight Sale 2024 dilancar, tarik pelancong bermalam
Tourism Malaysia lancar Malaysia Midnight Sale 2024 di Johor Bahru bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berbelanja dan bermalam di Johor.
![Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622811621_Jualanpertengahant.jpg)
Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.
![Ini bulan untuk beribadah, bukan bulan untuk membazir! Ini bulan untuk beribadah, bukan bulan untuk membazir!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/51466312257_bazarkuihmuihro.jpg)
Ini bulan untuk beribadah, bukan bulan untuk membazir!
Masyarakat Islam juga disaran supaya melipatgandakan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan yang akan hanya merosakkan pahala berpuasa.
![Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017 Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494427831_MalaysiaAirports.jpg)
Penumpang belanja RM1 bilion di lapangan terbang MAHB pada 2017
Kalangan penumpang membelanjakan kira-kira RM1 bilion, terutamanya bagi pembelian pakaian, fesyen serta makanan di lapangan terbang yang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
![Deepavali: Ramai hati-hati berbelanja kerana kenaikan harga barang - Peniaga Deepavali: Ramai hati-hati berbelanja kerana kenaikan harga barang - Peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446964575_jalankelana.jpg)
Deepavali: Ramai hati-hati berbelanja kerana kenaikan harga barang - Peniaga
Golongan yang menyambut perayaan Deepavali tahun ini membuat pelarasan dalam perbelanjaan persiapan berikutan kekangan kuasa berbelanja.
![Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41371774308_295x200.jpg)
Tekanan ekonomi bukan salah kerajaan, tapi faktor luaran - Tengku Razaleigh
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mahu rakyat tidak boros berbelanja tetapi mesti bijak menabung wang bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemerosotan ekonomi negara.
![#JimatRaya - Gelagat warga kota berbelanja saat akhir #JimatRaya - Gelagat warga kota berbelanja saat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51375950067_295x200.jpg)
#JimatRaya - Gelagat warga kota berbelanja saat akhir
Warga ibu kota berbelanja pada saat akhir di Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi mendapatkan tawaran harga terendah.