Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terbuka untuk berbincang dengan mana-mana syarikat penerbangan mengenai keperluan mereka untuk menukar terminal.
Dalam satu kenyataan, MAHB berkata syarikat penerbangan boleh menggunakan sama ada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2, memandangkan kedua-dua terminal tersebut merupakan sebahagian daripada sistem rangkaian lapangan terbang yang sama.
"Kami mengambil maklum laporan media yang menyebut bahawa AirAsia merancang memindahkan operasi ke KLIA. Begitu juga kami mengambil maklum minat Malaysia Airlines (MAB) untuk beroperasi di KLIA2," katanya.
MAHB berkata KLIA dan KLIA2 sebenarnya satu lapangan terbang, dan mana-mana syarikat penerbangan boleh menggunakan mana-mana terminal yang sesuai dengan model perniagaan dan kecekapan operasi masing-masing.
Operator lapangan terbang itu berkata klia2, terminal yang lebih baharu, mempunyai kelebihannya tersendiri seperti akses khusus ke Landasan 3 untuk mendarat dan berlepas, yang telah mengurangkan masa menunggu, pintu yang banyak untuk pesawat, yang menyumbang kepada kecekapan operasi selain memudahkan, serta masa untuk berlepas yang lebih pendek yang menjimatkan bahan api.
"Kami terbuka untuk berbincang mengenai keperluan mana-mana syarikat penerbangan untuk menukar terminal jika memberi manfaat kepada mereka, dan keperluan itu boleh dipenuhi berasaskan ketersediaan kapasiti di terminal.
"Itulah yang berlaku apabila Malindo berpindah ke KLIA bagi memenuhi model perniagaan dan menjalin usaha sama dan perkongsian kod dengan syarikat-syarikat penerbangan Timur Tengah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2016
Mana-mana syarikat penerbangan boleh menggunakan mana-mana terminal yang sesuai dengan model perniagaan dan kecekapan operasi masing-masing. - Gambar fail
Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal
Malaysia Airlines mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini dilencongkan susulan isu teknikal semasa penerbangan.
[KOLUMNIS] Industri pertahanan tempatan perlu lonjakan strategik
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang menyaksikan peruntukan terbesar dalam sejarah menarik perhatian banyak pihak.
Ilmu pertanian itu penting - Rosyam Nor
Akibat kekurangan ilmu, pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor pernah dua kali mengalami kegagalan ketika pembabitan awalnya dalam sektor pertanian.
Lebih 100 'mat rempit' diarah tolak motosikal
Lebih 100 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal kira-kira sejauh satu kilometer selepas dikepung di Senawang, Seremban.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
GV11: Hetty Koes Endang gembira dapat kembali sebagai juri
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengharapkan setiap peserta Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) tidak tertekan semasa bertanding.
AWANI Ringkas: Kim Swee beri kenangan terakhir di Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei dipecat dan dikenakan tindakan undang-undang
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.