Segala keperluan termasuk peruntukan penubuhan kawasan keselamatan khas Sabah akan diluluskan segera.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa satu mesyuarat berhubung kawasan yang dipanggil Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

ESSCOM membabitkan lima daerah di pantai timur Sabah dan ia terdiri daripada Sandakan, Tawau, Kunak, Kudah dan Lahad Datu.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat markas operasi pasukan keselamatan di Felda Sahabat 16.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan ESSCOM bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.