Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian RM260,000 dalam satu penipuan komunikasi atau 'Macau Scam' bulan lepas.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata wanita berumur 48 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor 68886 mengatakan kad kredit CIMB mangsa telah digunakan di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru pada pagi 21 Mei sedangkan mangsa tidak pernah menggunakan kad kredit pada hari itu.
"Mangsa telah menghubungi talian 1-800-81-7399 seperti yang terdapat dalam SMS berkenaan dan seorang staf (suspek) yang menjawab memperkenalkan diri sebagai Pegawai Bank CIMB dan menyatakan kepada mangsa bahawa suspek akan menyekat akaun bank mangsa (susulan penggunaan kad kredit mangsa oleh orang lain).
"Suspek kemudiannya memberikan nombor telefon (03-92121402) kepada mangsa untuk bercakap dengan Pegawai Penyiasat Bank Negara Malaysia (BNM).
"Seterusnya mangsa menghubungi Pegawai Penyiasat BNM berkenaan yang telah mengarahkan mangsa pergi ke Maybank Alam Mesra, Kota Kinabalu untuk proses membekukan akaun milik mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Chandra, suspek yang menyamar sebagai pegawai penyiasat BNM itu telah mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang ke empat jenis akaun suspek yang berbeza dengan melibatkan sembilan transaksi dalam tempoh lapan hari berturut-turut bermula 21 hingga 28 Mei berjumlah RM260,000 bagi memperdayakan mangsa untuk proses membekukan akaun mangsa.
Bagaimanapun, mangsa telah menyedari berlaku penipuan setelah suspek tidak dapat dihubungi, katanya.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.
"Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sindiket 'Macau Scam' agar tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket ini," katanya.
Chandra turut meminta orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan daripada sindiket tersebut dan juga boleh memanjangkan sebarang maklumat berkaitan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, yang beroperasi selama 24 jam, dengan mengubungi talian 088-221191 dan 318843.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 03 2018
![Pensyarah rugi RM260,000 ditipu 'Macau Scam' Pensyarah rugi RM260,000 ditipu 'Macau Scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463549309_ScamGeneric.jpg)
Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian RM260,000 dalam satu penipuan komunikasi atau 'Macau Scam' bulan lepas. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
![Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
![BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75 BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719815672_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75
Duit syiling peringatan berkenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.