KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu, sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka.
Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff, berkata usaha yang dilakukan menerusi perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan itu, dapat mengurangkan prinsipal hutang agensi itu bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion serta memberi suntikan semangat baharu kepada generasi baharu peneroka FELDA.
Ini kerana, katanya, pendapatan yang diperoleh tidak lagi hanya disalurkan untuk membayar hutang semata-mata tetapi juga sebagai keuntungan.
"Dengan pemansuhan 80 peratus hutang itu, peneroka mendapat pendapatan bulanan yang lebih serta kebajikan kembali terjaga dan FELDA Juga dapat bernafas (tiada hutang)," katanya kepada Bernama, pada Khamis.
FELDA ketika ini mempunyai lebih 120,000 peneroka membabitkan di 317 tanah rancangan di seluruh negara.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kami Anak FELDA, Fakhurrazi Mohd Habib, berkata dengan penstrukturan semula pinjaman itu, FELDA kini mampu membina semula rizab tunai yang boleh digunakan untuk menampung kos pendahuluan pengurusan ladang kepada peneroka, sekiranya hasil tidak memberangsangkan.
Katanya, ketika ini, peneroka kini terpaksa membayar potongan pendahulan tersebut secara penuh, walaupun hasil tidak memberangsangkan berikutan FELDA tidak mempunyai rizab tunai yang mencukupi untuk menangguhkan potongan itu seperti yang diamalkan agensi itu sebelum ini.
"Sekarang ini FELDA melakukan potong terus pendahuluan kos operasi, tidak seperti sebelum ini. Apabila kewangan kukuh, agensi itu mampu tangguhkan potongan itu jika pendapatan peneroka tidak berapa banyak selain dapat memberikan pelanjutan potongan hutang," katanya.
Menurutnya, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menandatangani Jaminan Kerajaan itu juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada peneroka sekali gus dapat membantu FELDA kembali kepada landasan asal penubuhannya.
Ketua Peneroka FELDA Wilayah Sahabat, Sabah, General Linjal, pula berkata Jaminan Kerajaan itu membantu golongan peneroka meningkatkan taraf ekonomi mereka selain dapat memulihkan kembali kedudukan kewangan FELDA.
"Perkara ini satu langkah baik jika dapat dilaksanakan, ini dapat memulihkan kedudukan kewangan bukan sahaja kepada pihak pengurusan tetapi manfaat positifnya iaitu pengurangan 80 peratus hutang peneroka dapat diterima lebih 1,000 peneroka di Sabah, maka mereka (peneroka) tiada lagi alasan untuk keluar," katanya.
Inisiatif tersebut untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan agensi itu.
Jaminan Kerajaan itu juga mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan agensi itu memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
FELDA ketika ini mempunyai lebih 120,000 peneroka membabitkan di 317 tanah rancangan di seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Pengguna penghalang iklan di YouTube akan menerima iklan 1 jam yang tidak boleh dilangkau
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Op Bersepadu: Had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal juga akan dihentikan sementara waktu agar tidak menjejaskan aliran trafik.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan Labuan hingga tengah hari ini
Antara kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan Rompin, Segamat dan Mersing.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.