Seorang penoreh getah warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Padang Changkat, di sini, pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Husen, 44 tahun, yang dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, DSP Zahiri Hassan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6 petang.
"Kami terima makluman dari orang awam mengenai sebuah motosikal ditinggalkan di tepi sungai Kampung Padang Changkat berdekatan surau.
"Selipar dan barang-barang peribadi serta kunci motosikal masih ada di motosikal itu, disyaki penunggang motosikal terjatuh ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Sementara itu, katanya majikan mangsa turut mengesahkan motosikal itu digunakan oleh mangsa dan mendakwa pekerjanya mengalami masalah depresi (tekanan) sebelum ini.
"Majikan berumur 66 tahun itu memberitahu mangsa mengalami depresi dan sering berkata hendak pulang ke kampung halamannya di Lombok,Indonesia.
"Majikannya telah pergi ke lokasi tersebut (sungai) dan mengesahkan motosikal dan barangan peribadi semuanya milik mangsa, termasuk selipar yang ditinggalkan di tepi sungai," ujarnya.
Zahiri menambah, pihaknya telah mengaktifkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian yang turut dianggotai pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.
Katanya, usaha mencari dan mengesan mangsa ditangguhkan memandangkan keadaan telah gelap. Ia akan disambung semula pukul 9 pagi ini.
Aida Aziz
Sun Aug 16 2020

Majikan mengesahkan motosikal dan barangan peribadi yang ditemui di tepi sungai semuanya milik mangsa. - Foto JBPM Perak

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Penoreh getah warga Indonesia dikhuatiri lemas jatuh sungai
Mangsa dikenali sebagai Husen, 44 tahun, yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dan disyaki terjatuh ke dalam sungai.

Nenek melecur cuba selamatkan barang dalam rumah terbakar
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharudin Wan Ismail berkata, Lim Sai Guik, 58, kini dirawat di Hospital Pantai, Ipoh.

Barangan peribadi Kurt Cobain akan dipamerkan di Ireland
Dari lakaran dan lukisan karya mendiang hinggalah kepada pakaian dan kereta, pameran Growing Up Kurt Cobain bakal menarik perhatian pengunjung.

Polis rekod keterangan anak perempuan Najib
Wanita berkenaan membuat laporan polis pada Isnin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan itu merampas barangan peribadinya, yang didakwa diterima sebagai hadiah perkahwinan.

Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib
Menurut peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal, kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian, hadiah milik bekas perdana menteri itu.

MH17: Faktor barangan peribadi percepat proses pengecaman mangsa
Faktor barangan peribadi seperti cincin, gigi dan pakaian antara elemen penting dalam membantu mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa MH17.