Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) yang diadakan semalam di padang Sekolah Han Chiang, Pulau Pinang menerima sambutan yang meriah dengan lebih 80,000 pengunjung hadir.

Penonton yang hadir menjadi teruja sebaik sahaja penyanyi terkenal Korea, Psy mula menari dan menyanyikan lagu hit beliau, Oppa Gangnam Style.

Psy berjaya memukau penonton yang hadir dengan rutin tariannya sehingga penonton meminta dia meneruskan persembahan.




Selepas berada di dalam jet peribadinya selama 20 jam untuk ke Malaysia, Psy tidak mahu membazir peluang yang ada dan terus mula menyanyikan Oppa Gangnam Style sekali lagi.

Pada hari yang sama, Psy menghantar satu tweet buat peminatnya di Malaysia.




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menonton persembahan Psy semalam turut membalas tweet yang dihantar oleh Psy.




Pada majlis tersebut, Psy membuat pengumuman bahawa dia akan melancarkan single terbarunya pada April tahun ini dan berhasrat untuk kembali membuat persembahan di Malaysia.