BUTTERWORTH: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun, hampir dua tahun lepas.
Bagaimanapun Mohd Zaimi Sham Mahmood, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Tertuduh didakwa sebagai penolong pegawai penguat kuasa KPDN (sebelum ini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - KPDNHEP) menipu K. Sivapragasam, 45, untuk mempercayai Jawatankuasa Rayuan Kompaun di Ibu Pejabat KPDNHEP Putrajaya menolak rayuan kompaun.
Dia didakwa boleh membantu mengurangkan kadar kompaun bagi kesalahan berhubung Akta Kawalan Bekalan 1961 sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM3,000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Persiaran Bayan Indah, Daerah Barat Daya dekat sini antara 5.35 petang hingga 5.50 petang pada 13 Mei 2022 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 29 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat setiap bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam V. Parthipan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Mohd Zaimi didakwa atas tuduhan menipu membantu mengurangkan kadar kompaun bagi kesalahan berhubung Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). - Foto Bernama
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.