KUANTAN: Seorang penjual durian berputih mata selepas kerugian RM252,600 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian, bulan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 46 tahun itu pada mulanya telah berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu pemasaran dalam talian.
Beliau berkata mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada setiap tugasan yang dilaksanakan menerusi sebuah aplikasi dan telah menggunakan wang simpanan, selain meminjam wang daripada saudara dan rakannya untuk menceburi pekerjaan itu.
"Mangsa telah membuat sebanyak 55 kali pindahan wang ke 12 akaun bank berlainan yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lelaki itu yang kemudiannya menyedari dirinya terpedaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, Yahaya menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan menerusi laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.
Katanya orang ramai perlu mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat dan diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
![Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694425306_scam.jpg)
Polis berkata lelaki berusia 46 tahun itu pada mulanya telah berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu pemasaran dalam talian. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694425306_scam.jpg)
Penjual durian rugi RM252,600 terpedaya tawaran kerja dalam talian
Seorang penjual durian berputih mata selepas kerugian RM252,600 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian, bulan lepas.
![Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian penjual durian kekal Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian penjual durian kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644571049_TBCourtHammer.jpg)
Hukuman penjara 14 tahun penjual mi sebabkan kematian penjual durian kekal
Ooi mengaku bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian Ong di sebuah rumah di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 4.45 petang dan 5.30 petang 18 Ogos, 2016.
![Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589939070_jualmercun.jpg)
Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Malah tindakan lelaki ini lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar.
![Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560326891_TBDURIAN.jpg)
Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah
Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah.
![Dua warga emas maut diserang lelaki berparang Dua warga emas maut diserang lelaki berparang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562948158_wargaemasmaut.jpg)
Dua warga emas maut diserang lelaki berparang
Dalam kejadian jam 6 petang tadi, mangsa berusia 60-an dan 70-an maut selepas diserang menggunakan senjata yang sama.