Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Yeoh Soon Hin.
Yeoh dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan peminat raja buah itu untuk menikmati buah tersebut tanpa perlu keluar daripada rumah, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kebiasaannya ketika musim durian, ramai yang akan ke Balik Pulau dan Seberang Perai untuk menikmati buah durian Pulau Pinang yang amat terkenal.
"Ia juga telah membawa ramai pelancong ke Pulau Pinang, kerana ia salah satu daripada keistimewaan kami.
"Satu daripada kepentingan pelancongan ialah ia menjana pendapatan yang membantu masyarakat tempatan mendapatkan pendapatan.
"Bagaimanapun ketika PKP, pelancongan dan pendapatan yang dibawanya terjejas juga," katanya.
Oleh sebab itu, Yeoh mengalakkan penjual durian yang masih belum menyediakan perkhidmatan tersebut, untuk mempromosikan durian mereka menerusi akaun media sosial dan menyediakan perkhidmatan penghantaran durian untuk pelanggan mereka.
"Menerusi media sosial selaku platform promosi, orang ramai boleh menyokong mereka ketika waktu PKP tanpa perlu mereka keluar rumah," katanya sambil menambah cara alternatif ini akan dapat membantu memberikan pendapatan kepada rakyat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020
![Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560326891_TBDURIAN.jpg)
Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Yeoh Soon Hin. - Bernama
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716715008_kebakaran.jpg)
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
![Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695566650_Vanbawapelancong.jpg)
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
![Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656307374_TBjatuh.jpg)
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
![Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649746417_KamarulRizalJenal.jpg)
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
![Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629112517_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
![Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623639971_pecahmasukkediaman.jpg)
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
![Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500 Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597730048_gelangputih.jpg)
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
![Empat kes JE di Pulau Pinang negatif Empat kes JE di Pulau Pinang negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594911516_PulauPinang.jpg)
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
![Durian dilelong pada harga murah Durian dilelong pada harga murah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41592466277_RAJABUAH.jpg)
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.
![Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560326891_TBDURIAN.jpg)
Penjual durian Pulau Pinang sedia khidmat penghantaran ke pintu rumah
Penjual durian di Pulau Pinang kini menawarkan perkhidmatan penghantaran buah tersebut hingga ke pintu rumah.