Penjawat awam diwajibkan menjalani dan lulus tapisan keselamatan sama ada sebelum atau selepas disahkan dalam perkhidmatan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata pelaksanaan tapisan keselamatan bagi penjawat awam telah dilaksanakan berpandukan Peraturan 80 Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
"Tapisan keselamatan dilaksanakan bagi memeriksa latar belakang penjawat awam untuk memastikan mereka bebas daripada rekod jenayah rekod keselamatan dan penyalahgunaan dadah serta bebas serta bersih dari anasir subvertif, espionaj dan sabotaj," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang melakukan pemutihan dan penapisan terhadap pegawai kerajaan yang sedia ada bagi mengelakkan ketirisan dan kebocoran maklumat daripada berlaku.
Dalam jawapan sama, Azalina berkata proses tapisan berkenaan mengandungi dua jenis iaitu Kasar dan Halus bagi menapis pegawai awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar.
"Tapisan Keselamatan Semula boleh dilaksanakan ke atas penjawat awam pada bila-bila masa berdasarkan keperluan perkhidmatan dan lain-lain tujuan seperti kenaikan pangkat dan penempatan pegawai di jawatan tertentu," katanya.
Bernama
Mon Apr 04 2016
![Penjawat awam wajib lulus tapisan keselamatan - Azalina Penjawat awam wajib lulus tapisan keselamatan - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450791164_PenjawatAwamBUDGET.jpg)
Proses tapisan berkenaan mengandungi dua jenis iaitu Kasar dan Halus bagi menapis pegawai awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula - Azalina Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715172474_AzalinaOthman.jpg)
Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula - Azalina
Terdapat undang-undang di negara ini yang dirangka sebelum zaman kemerdekaan dan kini dilihat tidak lagi menepati keperluan masa kini.
![Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723203933_TBAzalina.jpg)
Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama
Lawatan kerja Datuk Seri Azalina Othman Said ke Hong Kong baru-baru ini berjaya meneroka era baharu kerjasama dalam sektor undang-undang.
![Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701684783_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina
Satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam talian akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.
![Kerajaan kaji pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia Kerajaan kaji pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720707996_TBAzalina.jpg)
Kerajaan kaji pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia(MDI)
![Kerajaan sedang laksana kajian kewajaran gubal Akta Khairat - Azalina Kerajaan sedang laksana kajian kewajaran gubal Akta Khairat - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721634695_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Kerajaan sedang laksana kajian kewajaran gubal Akta Khairat - Azalina
Kerajaan sedang melaksanakan kajian kewajaran untuk menggubal Akta Khairat (Charities Act) dan penubuhan Suruhanjaya Khairat (Charities Commission).
![Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
![Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720528243_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi mesyuarat bersama Azalina, Gobind esok bincang isu buli siber
Fahmi berkata langkah itu bagi mendapatkan pandangan semua pihak sebelum membawa perkara berkaitan ke mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.
![Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Subsidi diesel, MAHB: UMNO adakan jelajah penerangan isu semasa - Azalina
UMNO semalam mengadakan program jelajah penerangan bertujuan memastikan ahli parti itu mendapat maklumat sahih dan tepat berkaitan isu semasa.
![Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719548262_DatukRamliMdNor.jpg)
Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama
Lima rang undang-undang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
![Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709011686_TBAzalinaOthman.jpg)
Kerajaan sedang kenal pasti dalang, 'penderhaka' bantu kumpulan Sulu - Azalina
Azalina berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa dalang itu merupakan penggerak dan pemberi maklumat kepada kumpulan terbabit.