Sebagai meringankan beban penjawat awam dalam menyediakan persiapan persekolahan anak mereka, kerajaan akan melakukan bayaran khas sebanyak RM500 esok.
Bayaran khas tersebut akan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam Kerajaan Persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.
Menteri Kewangan, Lim Guang Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk membayar sebelum hujung
tahun bagi membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.
"Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lepas, Guan Eng mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah dan sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sungguhpun bayaran khas tersebut yang akan menelan perbelanjaan sebanyak RM1 bilion tidak diperuntukkan lebih awal dalam Belanjawan 2018, namun kerajaan Pakatan Harapan masih boleh mencari wang menerusi penjimatan dengan menjalankan pentadbiran yang bersih serta Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
Astro Awani
Mon Dec 17 2018

Pengajian tinggi percuma diperluas kepada UiTM Sarawak
Tidak lagi terhad kepada institusi milik kerajaan Sarawak, inisiatif pendidikan tinggi percuma akan diperluaskan kepada warga Sarawak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain di negeri itu.
2,000 anggota APM diatur gerak ke Sabah, Sarawak
Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di negeri Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.
LKIM digesa lebih proaktif bantu nelayan di Kalabakan
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) supaya lebih proaktif membantu nelayan, khususnya dalam memastikan mereka menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
Penolong Pegawai Perubatan akan diberi kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Jumlah PPS di Sabah meningkat, Tenom rekod peningkatan mangsa
Pertambahan jumlah mangsa banjir di negeri ini menjadikan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 24 pusat.
NADMA diminta perkemas kekuatan, pastikan bantuan disalurkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta NADMA memperkemas penyelarasan kekuatan jentera persekutuan dan negeri bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara berterusan.
Semua PPS ditutup, semua penduduk pulang
Banjir di utara Sarawak telah pulih sepenuhnya dengan keempat-empat PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.

JIM Kuala Lumpur serbu dua klinik tawar pembedahan kosmetik dikendali warga asing
Serbuan itu turut disertai pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Melaka umum bayaran khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka mengumumkan bayaran khas sebanyak RM300 kepada penjawat awam negeri dan akan dibayar sebelum 10 Ogos ini.

Belanjawan 2021: Penjawat awam terima bantuan khas RM600, pesara RM300
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.

Penjawat awam terima bayaran khas RM500 esok
Bayaran khas ini bagi meringankan beban penjawat awam dalam menyediakan persiapan persekolahan anak

Bayaran khas penjawat awam 2018 dibayar 18 Disember
RM500 untuk penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksanaan serta RM250 untuk pesara kerajaan.

Bonus penjawat awam Selangor akan ikut KPI - Amirudin
Pembayaran bonus untuk penjawat awam di Selangor pada tahun hadapan akan mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

Kerajaan Sabah umum Pembayaran Khas RM500
Kerajaan negeri Sabah akan memberi Pembayaran Khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri itu yang akan dibuat serentak dengan pembayaran gaji bulan Disember, tahun ini.

Perlis harap kerajaan pusat teruskan projek CVIA - MB
Projek CVIA yang akan menjadi pemangkin ekonomi Perlis dalam tempoh 10 tahun, di samping menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan, perlu diteruskan kerana sumber negeri terhad.

Belanjawan 2019: PDRM sambut baik peruntukan untuk 130,000 warga kerja
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sambut baik peruntukan yang dibentangkan menerusi Belanjawan 2019 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Jumaat.

Kerajaan Persekutuan setuju beri sumbangan khas RM10 juta setahun kepada Kedah
Keputusan itu diambil susulan daripada hasrat disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengerusikan Majlis Kewangan Negara untuk 2018 pada 7 Jun.

Bantuan khas Aidilfitri perlu kelulusan Parlimen Julai ini
Sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman Bayaran Khas Aidilfitri tidak disediakan dalam Bajet 2018.