Kerajaan Perlis berharap kerajaan persekutuan akan meneruskan projek pembangunan seperti Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) demi kepentingan pertumbuhan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Projek CVIA yang dirancang dibangunkan untuk industri berteknologi hijau dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 akan menjadi pemangkin ekonomi Perlis dalam tempoh 10 tahun di samping menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan perlu diteruskan kerana sumber negeri terhad, katanya.
Azlan berkata CVIA bukan penghalang kemajuan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah seperti diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
"Projek di Bukit Kayu Hitam tidak menggugat CVIA sebaliknya akan saling menyokong. Tidak adil kepada Perlis jika CVIA tidak diteruskan," katanya kepada Bernama bagi mengulas Belanjawan 2019.
Azlan ditemui pada program perjumpaan khas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar di sini pada Sabtu.
Menteri Besar itu berkata beliau telah membangkitkan kepentingan untuk CVIA diteruskan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan projek tersebut yang membabitkan kawasan seluas 1,214 hektar untuk mengkaji dan membuat perincian semula setelah memenangi PRU14 pada Mei lepas.
Mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Lim, Azlan berkata kerajaan negeri tidak terikat dengan keputusan kerajaan pusat.
"Saya kena lihat kedudukan dan kemampuan kewangan negeri terlebih dahulu sebelum boleh menimbang untuk memberi bonus kepada lebih 1,000 penjawat awam negeri ini," katanya.
Pada Jumaat, Lim mengumumkan bayaran khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah serta RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018

Azlan berkata beliau telah membangkitkan kepentingan untuk CVIA diteruskan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sebelum ini. - Gambar fail

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

Azlan Man perlu bayar nafkah idah bekas isteri RM12,850
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini pada Rabu, memerintahkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membayar nafkah idah kepada bekas isterinya, Sova Ali sebanyak RM12,850.

Azlan Man mengaku tidak bersalah pertuduhan pilihan salah guna wang RM1.06 juta
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta.

Bayaran batal percutian ke London dibuat kepada Azlan Man adalah salah - Saksi
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan.

Wang lebih RM200,000 batal percutian ke London pada 2016 masuk akaun peribadi Azlan Man - Saksi
Abdul Rahim Halim, 47, berkata pakej percutian yang bermula 23 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia d

Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM447, 216.35 ke dalam dua akaun CIMB milik bekas Menteri Besar Perlis.

Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.

Kes tuntutan palsu, AMLA babit Azlan Man dibicara tahun depan
Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes mengemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, bermula Julai tahun depan.

Azlan Man akan kemuka representasi kaji 10 pertuduhan
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan mengemukakan representasi kepada AGC bagi mengkaji 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
Azlan Man, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara lima kes AMLA di mahkamah sama di Kuala Lumpur.

Kes tuntutan palsu bekas MB Perlis, Azlan Man dipindah ke Mahkamah KL
Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur.