SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan ( BKK ) tahun 2022 kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebanyak dua bulan setengah.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian BKK kali pertama minimum sebanyak RM1,000 itu telah dilaksanakan menerusi insentif khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.
"BKK kali kedua, insentif satu bulan gaji minimum RM1,000.00 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM37.63 juta akan dibayar pada 29 Disember depan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pembentangan Bajet 2023 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Jumaat.
Menurut Amirudin, bagi BKK kali ketiga pula iaitu insentif sebanyak setengah bulan gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada Februari tahun depan.
"Pemberian BKK ini bagi meringankan beban penjawat menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac tahun depan.
"Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM)," ujarnya lanjut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 25 2022

Amirudin membentangkan Belanjawan 2023 pada Mesyuarat Ketiga Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. - Foto BERNAMA

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Perlis.

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.

Trump rombak pentadbiran, pegawai kanan kerajaan bakal jadi lantikan politik
Pentadbiran Trump kini mengambil langkah untuk mempolitikkan peringkat tertinggi dalam kerajaan, bidas kesatuan sekerja.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

BKK 2025: Bukti penghargaan kerajaan kepada penjawat awam, pesara dan veteran
Bantuan Khas Kewangan 2025 yang disalur mulai hari ini bantu penjawat awam terutama yang beragama Islam buat persiapan sambut Ramadan minggu ini.

Perangi rasuah, hentikan budaya minta komisen - MB Negeri Sembilan
Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan tidak berkompromi dengan mana-mana salah laku integriti selain perlu menghentikan budaya meminta komisen yang menggunakan alasan tabung kebajikan.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.