JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata wanita berusia 46 tanun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.
Beliau berkata panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terlibat dengan penggubahan wang haram dan boleh ditangkap.
"Mangsa telah diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.
"Mangsa kemudiannya mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Suspek yang menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram dan boleh ditangkap. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam'atau penipuan melalui panggilan telefon,