KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berharap penjawat awam dapat berfungsi sebagai pemudah cara kepada kitaran roda ekonomi negara yang semakin deras dan ligat susulan kedudukan negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
Beliau berkata amalan nilai S.W.I.F.T iaitu "kepantasan, pengetahuan kelas antarabangsa, memberikan inspirasi, fleksibel dan berasaskan teknologi" mesti terus dilaksanakan dalam perancangan strategi dan pengoperasian tugasan di organisasi atau jabatan masing-masing.
"Malaysia kini berada di trajektori yang tepat untuk melangkah dengan lebih pantas dan megah di pentas dunia setelah lebih dua tahun bergelumang dengan pandemik COVID-19.
"Ekonomi negara telah mencatatkan peningkatan yang positif sejak pembukaan semula ekonomi secara berperingkat yang dilaksanakan kerajaan," katanya dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook beliau malam tadi sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, yang bertemakan "Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara".
Dalam masa yang sama Mohd Zuki turut mengajak seluruh penjawat awam untuk terus kekal menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing.
"Terus pastikan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan kerajaan kekal dipatuhi sepanjang masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Mohd Zuki turut mengajak seluruh penjawat awam untuk terus kekal menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing. -Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
Jokowi puji sumbangan pekerja Indonesia sempena Hari Pekerja
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, pada Rabu memuji sumbangan pekerja Indonesia atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara itu.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan ini akan melihat kepada kelompangan dan kesenjangan yang wujud dalam dokumen dasar masa kini.
274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Lebih 780,000 orang sertai protes Hari Pekerja di Perancis
Kira-kira 782,000 orang menyertai protes Hari Pekerja Antarabangsa tahun ini di seluruh Perancis.
Sambutan Hari Pekerja di Perancis bertukar ganas, 108 anggota polis cedera
Demonstrasi yang bermula secara aman namun dicemari dengan kumpulan radikal yang melemparkan bom petrol dan bunga api dan 291 orang ditahan
Antara kaji gaji sektor awam, caruman KWSP majikan
Kerajaan Perpaduan sentiasa memastikan hak pekerja termasuk penjawat awam diutamakan.