KAJANG: Beberapa penjara termasuk yang berusia lebih 100 tahun akan ditambah baik bagi menjadikan ia lebih kondusif buat pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata antara yang sudah dikenal pasti untuk tujuan itu ialah Penjara Alor Setar di Kedah, Penjara Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting di Perak dan Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan.
"Usaha ini dibuat kerana kami sedaya upaya tidak mahu membina penjara baharu sebab mahu kurangkan kadar jenayah dan sabitan. Hasrat ini juga dibuat untuk mewujudkan penjara yang lebih manusiawi untuk didiami," katanya selepas mengadakan lawatan rasmi bersama Timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ke Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia di sini hari ini.
Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menambah bilangan petugas Jabatan Penjara yang memerlukan 1,300 pegawai dan anggota beruniform dan 180 kakitangan awam serta menyegerakan pengisian kekosongan perjawatan itu.
Katanya beliau sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad untuk menjadi pemudah cara proses pengambilan serta pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata KDN juga berhasrat mengubah persepsi masyarakat yang selama ini mengenali penjara sebagai pusat hukuman kepada pusat koreksional.
Beliau berkata usaha itu akan dilakukan menerusi Program Koreksional Komuniti seperti parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) selaras dengan Seksyen 43 Akta Penjara 1995.
"Kami menyasarkan program ini kepada 18,500 banduan yang sedang menjalani hukuman penjara kurang daripada tiga tahun, yang dianggap tidak melakukan kesalahan serius.
"Kalau tengok kepada statistik kejayaan Program Koreksional sebelum ini, ia ternyata membantu mengurangkan kes berulang iaitu satu daripada 800 kes banduan yang kembali ke penjara selepas dibebaskan," katanya.
Justeru, Saifuddin Nasution berkata perbincangan mengenai hasrat menjadikan Program Koreksional sebagai keutamaan Jabatan Penjara sudah dibuat termasuk kerjasama dengan 283 syarikat yang bersedia menerima kumpulan banduan itu bekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023
![Penjara berusia lebih 100 tahun antara yang akan ditambah baik - Saifuddin Nasution Penjara berusia lebih 100 tahun antara yang akan ditambah baik - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672749251_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin Nasution (kanan) melihat kraf tangan Jabatan Penjara Malaysia ketika melawat galeri Vokasional dan Industri sempena lawatan rasmi beliau di Jabatan Penjara Malaysia hari ini. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Penjara berusia lebih 100 tahun antara yang akan ditambah baik - Saifuddin Nasution Penjara berusia lebih 100 tahun antara yang akan ditambah baik - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672749251_SaifuddinNasution.jpg)
Penjara berusia lebih 100 tahun antara yang akan ditambah baik - Saifuddin Nasution
Beberapa penjara termasuk yang berusia lebih 100 tahun akan ditambah baik bagi menjadikan ia lebih kondusif buat pesalah dan kakitangan Jabatan Penjara.