PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menafikan pejabatnya di sini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.
Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso Izad Raya dalam satu kenyataan memaklumkan laporan portal bertajuk 'SPRM angkut 40 pekerja Kementerian Sumber Manusia, Perkeso - sumber' yang disiarkan hari ini adalah tidak benar dan telah menjejaskan nama baik pertubuhan itu.
"Tiada serbuan dibuat di KSM mahupun di Perkeso," katanya sambil menambah Perkeso kecewa kerana tidak dihubungi terlebih dahulu untuk mengesahkan fakta sebelum berita itu disiarkan.
Beliau berkata walaupun portal itu telah membetulkan fakta dalam berita kemudiannya namun laporan awal yang menyatakan pekerja Perkeso terlibat dalam penahanan oleh SPRM melalui Ops Hire berkaitan penyelewengan tuntutan PenjanaKerjaya sudah tular menerusi pelbagai platform media sosial termasuk WhatsApp.
Malah katanya berita itu turut menjadi sumber berita oleh beberapa media lain dan ini sudah tentu menjejaskan reputasi Perkeso yang sentiasa mendukung tinggi nilai-nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang digalas untuk membantu golongan sasaran yang memerlukan.
BACA: Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
BACA: Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC
Izad berkata pihak Perkeso berharap portal itu dapat memperbetul situasi negatif yang telah mereka timbulkan hasil daripada penyebaran maklumat tidak benar.
Sebuah portal berita dalam laporan pada sebelah pagi mendakwa terdapat serbuan baharu di pejabat KSM dan Perkeso berhubung Ops Hire namun mengeluarkan ralat pada kira-kira 1.50 tengah hari yang menyatakan belum jelas sama ada penahanan itu melibatkan kakitangan kedua-dua agensi.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini turut menafikan terdapat operasi sedemikian di kementeriannya.
Setakat ini, SPRM menahan 42 individu menerusi Ops Hire bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana PenjanaKerjaya.
Jumaat lepas, Perkeso dilaporkan telah menggantung bayaran di bawah PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta susulan siasatan berhubung penyelewengan serta tuntutan palsu membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan.
Program PenjanaKerjaya merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja mendepani cabaran COVID-19 serta dilaksanakan oleh Perkeso bagi membantu majikan menggaji pekerja yang menganggur selain membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Jumaat lepas, Perkeso dilaporkan telah menggantung bayaran di bawah PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PenjanaKerjaya: Perkeso nafi pejabat di Putrajaya diserbu SPRM
Ia berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.