MELAKA: Semua penjaja dan peniaga di Melaka akan diwajibkan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial, berkuat kuasa Disember tahun ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata caruman berkenaan perlu dilakukan golongan berkenaan sekiranya ingin memohon lesen perniagaan baharu atau memperbaharui lesen menerusi empat pihat berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jasin.
"Dengan caruman serendah RM46.60 setahun atau hanya RM3.88 sebulan, skim ini memberi perlindungan jangka panjang kepada golongan ini sekiranya mereka terlibat dalam bencana kerja dan tidak ada sebarang insurans atau perlindungan lain ditawarkan dengan nilai serendah ini.
"Menerusi insurans ini, bukan sahaja penjaja mendapat perlindungan, malah keluarga mereka juga akan mendapat manfaat sekali gus mampu meneruskan kehidupan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan negeri Bulan September 2023 dan Hari Bertemu Rakyat di sini.
Beliau berkata penguatkuasaan caruman SKSPS itu bertujuan melestarikan golongan penjaja dan peniaga di negeri itu selain memastikan mereka sentiasa dilindungi.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 8,840 aduan atau 95.19 peratus daripada keseluruhan 9,287 aduan yang disalurkan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) Kerajaan Melaka dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos lepas telah berjaya diselesaikan.
Ab Rauf Yusoh berkata daripada jumlah aduan yang telah diselesaikan itu, sebanyak 7,286 aduan atau 82.42 peratus daripadanya pula berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari.
"Menerusi aduan yang diterima daripada SisPAA, saya berharap kualiti perkhidmatan awam kepada rakyat dapat dipertingkat dan diperbaiki dari semasa ke semasa demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Hari Bertemu Rakyat Mini akan dilaksanakan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berperingkat menerusi siri lawatan kerjanya ke setiap DUN berkenaan.
Katanya menerusi inisiatif itu, kepimpinan negeri khususnya beliau dapat memantau dengan lebih dekat dan terperinci setiap program pembangunan dalam setiap DUN berkenaan.
"Kita juga dapat bertemu dengan rakyat sehingga ke akar umbi dan mendengar segala permasalahan mereka serta menyelesaikannya agar mereka dapat menikmati keselesaan dan kemudahan yang dilaksanakan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Ab Rauf berkata, penguatkuasaan caruman SKSPS itu bertujuan melestarikan golongan penjaja dan peniaga di negeri itu selain memastikan mereka sentiasa dilindungi. - Foto fail/Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.