Kira-kira 400 peniaga pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini yang diarah berpindah ke tapak sementara, hari ini merayu agar ia ditangguhkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, Jun ini.
Kesemua peniaga itu diarah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berpindah ke Jalan Masjid India sepanjang pembinaan projek River of Life (RoL).
Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Azkhalim Suradi berkata ini kerana tapak pemindahan sementara yang dicadangkan DBKL itu belum mempunyai bekalan elektrik.
"Kami juga turut berdepan risiko rugi kerana stok jualan untuk Ramadan dan Aidilfitri sudah dibeli dan kebanyakan daripada peniaga pasar malam turut berniaga di bazar Ramadan ketika bulan puasa.
"Kami mendapat notis berpindah bermula Sabtu ini namun dimaklumkan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu nanti.. Kami sangat berharap dapat berpindah selepas raya," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya setakat ini tapak pasar malam Lorong TAR yang sedia ada mempunyai 550 petak gerai.
"Jika kami berpindah ke Jalan Masjid India, tapak yang disediakan itu tidak cukup menampung 550 petak gerai dan selebihnya terpaksa ditempatkan di lorong-lorong sekitarnya seperti Lorong Bunus," kata Azkhalim.
Isu pemindahan ini timbul selepas kerajaan memutuskan untuk memberi laluan kepada projek RoL di kawasan Lorong TAR yang dijangka siap antara sembilan hingga 12 bulan.
Terdahulu, kira-kira 200 peniaga mewakili pemilik tapak pasar malam itu meluangkan masa hampir dua jam bersama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL bagi membincangkan status pemindahan tersebut.
Peniaga kain, Ahmad Razif Naif, 32, bimbang perniagaan mereka merosot selepas berpindah dari tapak sedia ada ke Jalan Masjid India.
"Kami pernah cadangkan kepada DBKL untuk tempatkan kami di Jalan TAR untuk pasar malam setiap Sabtu namun tidak diluluskan. Lagipun pasar malam setiap Sabtu ketika Ramadan terpaksa ditutup untuk beri laluan kepada bazaar," katanya.
Sementara itu, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL ketika pertemuan bersama penjaja berkenaan memaklumkan akan mengambil serius bantahan berkenaan dan membawa perkara tersebut ke pihak atasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Kesemua peniaga terlibat diarah oleh DBKL berpindah ke Jalan Masjid India sepanjang pembinaan projek River of Life (RoL). - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.