KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati peningkatan kes dan kadar penggunaan kapasiti kesihatan di negeri dan Wilayah Persekutuan di Lembah Klang mutakhir ini adalah amat membimbangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 itu berterusan, kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.
"Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil kritikal/ICU COVID-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
BACA: COVID-19: 2,881 kes baharu, Selangor kekal tertinggi
BACA: COVID-19: Keadaan kembali meruncing, Dr Noor Hisham ingatkan semua patuh SOP
"Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil kritikal/ICU COVID-19 pada kadar melebihi 50 peratus. Ini berpunca daripada peningkatan kemasukan kes kritikal sebanyak 62 peratus berbanding tempoh dua minggu yang lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata setakat hari ini, sebanyak 108 unit ventilator diperlukan untuk pesakit-pesakit COVID-19 di Lembah Klang sahaja.
Terdapat tujuh hospital dikhususkan untuk rawatan pesakit COVID-19 termasuk satu hospital universiti di Lembah Klang yang merangkumi negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 277 katil kritikal (ICU) diperuntukkan bagi pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 untuk negeri-negeri Lembah Klang dan daripada jumlah itu, sebanyak 152 katil kritikal dikhususkan bagi merawat pesakit COVID-19 dengan kadar penggunaan terkini telah mencapai lebih 88 peratus.
"KKM memantau penggunaan dan ketersediaan katil kritikal/ICU dan bukan kritikal bagi pesakit COVID-19 di Lembah Klang ini melalui Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 atau Unified Command Centre (UCC) Wilayah Tengah," katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagi tempoh 1 Jan 2021 hingga hari ini (1 Mei), kadar insiden kes COVID-19 di Malaysia bagi setiap 100,000 penduduk ialah sebanyak 872. Tiga negeri yang mencatatkan kadar insiden kes tertinggi ialah Kuala Lumpur (1,583), diikuti Selangor (1,486) dan Putrajaya (1,140).
Nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) terkini Malaysia ialah 1.14 manakala nilai Rt Selangor (1.20), Kuala Lumpur (1.16) dan Putrajaya (1.0). Ketiga-tiga negeri mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0, kata Dr Noor Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Dr Noor Hisham berkata setakat hari ini, sebanyak 108 unit ventilator diperlukan untuk pesakit-pesakit COVID-19 di Lembah Klang sahaja. - Gambar fail/BERNAMA
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution
Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini.
JKNT nafi peningkatan kes rotavirus di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat peningkatan kes rotavirus di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) seperti yang tular di laman sosial dua hari lalu.
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Kes denggi meningkat, 40 kematian sejak Januari
Sebanyak 343 kes baharu kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 (ME19) bagi tempoh 5 hingga 11 Mei lepas.
Kes COVID-19 meningkat 29.5 peratus - Dr Dzulkefly
Sebanyak 22,413 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah.
Selangor sedia tubuh semula jawatankuasa khas COVID-19
Kerajaan Selangor bersedia menubuhkan semula jawatankuasa khas COVID-19 jika pandemik itu terus menunjukkan peningkatan di negeri ini.
COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Faktor cuaca antara punca denggi meningkat di Kelantan
Faktor cuaca didapati antara punca berlaku peningkatan kes demam denggi di Kelantan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus
Kes demam denggi di Perak meningkat sebanyak 218.1 peratus bagi tempoh Januari sehingga 5 Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.