PERSEKUTUAN Majikan-majikan Malaysia (MEF) menzahirkan rasa tidak setuju ke atas keputusan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 sebulan di 57 bandar di Malaysia, bermula pada 1 Januari 2020. Mereka melihat kenaikan gaji minimum akan memberi kesan kepada kos pengurusan, menyebabkan majikan akan mengurangkan kos operasi dan pekerja pula hilang pekerjaan.
Tambahan pula, MEF turut memberitahu kenaikan gaji minimum lebih menguntungkan 1.5 juta orang pekerja asing. Justeru, gaji yang disalurkan tidak akan meningkatkan perbelanjaan domestik. Tidak dinafikan bahawa perkara ini berlaku, tetapi adakah ini bermaksud pekerja tempatan terus tidak dapat merasai impak kenaikan gaji minima ini?
Pandangan yang menyatakan implikasi negatif dalam meningkatkan gaji minimum mengambarkan masih ramai majikan di Malaysia berfikiran konvensional. Mereka tidak melihat realiti pekerja dibawah yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Sebilangan majikan pula sukar menawarkan pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang setimpal.
Semuanya di bandar
Populasi penduduk bandar di Malaysia telah meningkat kepada 76 peratus menjelang 2020 dan trend penambahan penduduk bandar ini akan meningkat kepada 90 peratus pada tahun 2050. Unjuran ini diambil berdasarkan laporan Bank Dunia.
Peningkatan ini disebabkan peluang ekonomi dan pekerjaan lebih luas di bandar berbanding luar bandar. Laporan Survei Migrasi 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan migrasi penduduk dari bandar ke bandar lebih tinggi, iaitu 66.9 peratus, berbanding migrasi dari luar bandar ke bandar (19.8 peratus), menunjukkan bandar sebagai pusat rakyat mencari peluang pekerjaan.
Kos sara hidup di bandar bukanlah murah. Bank Negara Malaysia (BNM) 2017 melaporkan seramai 27 peratus isi rumah masih menerima pendapatan di bawah gaji kehidupan wajar. Maka, amat munasabah sekiranya kerajaan meningkatkan kadar gaji minimum di bandar untuk memastikan pekerja mendapat gaji yang setimpal.
Pekerja asing tidak berminat tawaran gaji di Malaysia?
Pada bulan Jun 2019, tersebar laporan tentang pekerja Indonesia dan Vietnam tidak lagi berminat bekerja di Malaysia kerana tawaran gaji yang rendah. Kos sara hidup yang mahal di Malaysia juga faktor pekerja asing ini tidak berminat bekerja di Malaysia.
Media di Bangladesh melaporkan 50,000 pekerja asing tanpa izin Bangladesh di Malaysia telah dihantar pulang ke negara asal. Perkara ini susulan laporan yang menyatakan pekerja Bangladesh dibayar dengan upah yang rendah dan bekerja dengan masa yang lama.
Sekiranya pekerja asing turut merasa beban gaji yang rendah di Malaysia, perkara ini tentunya lebih berat ditanggung oleh pekerja tempatan?
Realitinya, jika majikan tidak bergantung kepada pekerja asing upah murah untuk kekal kompetitif, tentunya setiap kenaikan kadar gaji minimum boleh dirasai pekerja tempatan, khususnya pekerja berkemahiran rendah.
Pekerja dapat pembelaan
Berdasarkan kajian MIDF, Peningkatan gaji minimum pada tahun 2016 telah menjadi faktor gaji median bagi setiap sektor meningkat. Gaji median sektor pembinaan telah meningkat kepada RM1,900 pada tahun 2017 berbanding RM1,630 pada tahun 2016, peningkatan sebanyak 14%. Bagi sektor perkhidmatan, gaji median meningkat sebanyak 16%, daripada RM1,510 pada tahun 2016 kepada RM1,800 pada tahun 2017.
Pertumbuhan produktiviiti buruh juga telah meningkat 2.2 peratus kepada RM 91,971 pada tahun 2018 berbanding RM89,925 pada tahun 2017. Prestasi produktiviti per pekerja Malaysia berjumlah AS$68,321 adalah lebih tinggi berbanding China (AS$32,848) tetapi masih rendah berbanding negara maju seperti Singapura (AS$145,864). Peningkatan produktiviti ini sepatutnya memberi gaji yang lebih setimpal kepada pekerja yang telah mengorbankan masa dan tenaganya.
Laporan EAC International yang mengkaji trend gaji seluruh dunia mendapati peningkatan gaji pekerja di Malaysia turun kepada 2.9 peratus pada tahun 2020 berbanding 4.0 peratus pada tahun 2019. Situasi ini berpunca daripada anggaran peningkatan inflasi tahun depan yang akan meningkat 2.1 peratus tahun hadapan.
Oleh itu, peningkatan gaji minimum dapat menambah pendapatan pekerja, terutamanya mereka berkemahiran rendah bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Tahun 2020 tingkatkan gaji pekerja
Pandangan konvensioanl yang menyatakan gaji minimum hanya memberi manfaat kepada pekerja asing dan majikan pula boleh gulung tikar secara langsung memberi gambaran menyeluruh keadaan pasaran buruh di Malaysia yang tidak mapan.
Amat penting untuk memulakan wacana baharu untuk membaik pulih keadaan pekerja dan membentuk majikan yang responsif bagi mengkritik pemikiran konvensional tentang gaji minimum.
Kerajaan telah menyediakan pelbagai kerjasama dengan majikan untuk meningkatkan pendapatan pekerja.. Buku Harapan, Janji 34 jelas menerangkan bahawa kerajaan akan menampung 50% atau RM250 dan majikan perlu menyumbang sebanyak RM250 untuk mencapai tahap gaji minimum sebanyak RM1,500. Sejauh mana kedua-dua pihak ini bersedia melaksanakan janji tersebut?
Pelbagai dasar baharu kerajaan Pakatan Harapan yang mencipta situasi ‘menang-menang’ antara pekerja dan majikan. Program dalam Belanjawan 2020, seperti Watan Kerja, kerajaan memperuntukan sebanyak RM250 hingga RM500 sebulan selama dua tahun kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing. Majikan juga akan diberikan insentif sebanyak RM250 sebulan kerana mengambil pekerja tempatan menggantikan pekerja asing.
Keputusan menaikkan gaji minimum ini selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menekankan kepentingan pekerja mendapatkan gaji yang setimpal. Sekiranya gaji pekerja masih rendah, maka pertumbuhan ekonomi negara tentunya tidak memberi impak kepada kehidupan rakyat untuk masa hadapan.
Ia merupakan pemikiran baharu agar industri dan majikan melihat model ekonomi yang berpendapatan tinggi dan menghargai usaha pekerja selama ini.
Selain gaji minimum, adalah lebih baik majikan menambah insentif jaringan keselamatan sosial untuk pekerja. Laporan Bank Dunia pada tahun 2019 mendapati jaringan keselamatan sosial Malaysia perlu ditambah baik bagi mengatasi perubahan demografi yang memerlukan keselamatan sosial seperti pembangunan kanak-kanak dan penambahan populasi warga emas. Maka, pelindungan sosial dapat meringankan beban pekerja yang mempunyai tanggungjawab keluarga.
Kita secara dasarnya bersetuju sebahagian besar kelompok pekerja Malaysia sudah mengorbankan masa dan tenaga untuk menambah pendapatan, malangnya setelah dua dekad yang lalu, gaji pekerja masih rendah. Pelaksanaan gaji minimum yang baharu pada tahun 2020 satu pengiktirafan kepada pekerja Malaysia yang telah menyumbang kepada ekonomi negara.
Fakhrurrazi Rashid
Sat Jan 04 2020
Ia merupakan pemikiran baharu agar industri dan majikan melihat model ekonomi yang berpendapatan tinggi dan menghargai usaha pekerja selama ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.