Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih akan dinaik taraf selepas penilaian perkembangan perindustrian dan aktiviti komersial dilakukan di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, bancian akan dibuat setiap tiga tahun sekali untuk menentukan gred balai serta bilangan anggota bertugas.
"Kita percaya kita bermula dengan kategeri D dengan kriteria yang ditetapkan mengikut indeks risiko kebakaran dan indeks risiko kecemasan.
"Saya percaya di masa akan datang, sekiranya perkembangan kawasan Semenyih ini semakin rancak, hasil daripada perindustrian dan aktiviti komersial, kita akan menaik taraf balai Semenyih termasuk sesetengah balai di dalam negara ini ke tahap yg lebih tinggi iaitu, kategori C.
"Di mana pertama kita akan naik taraf pasukan, keduanya jumlah kakitangan, ketiga kepakaran khas. Semenyih ini akan beropersi dengan apa yang kita percaya ianya mengikut operasi yang kita telah tetapkan," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.
Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula dibina pads 19 September 2012 di Taman Pelangi dengan keluasan tapak satu ekar.
Ia siap dibina sepenuhnya pada 19 April 2013 dan mula beroperasi 30 April 2013 serta dirasmikan bekas Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.
Keluasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Semnyih adalah 16,322 hektar dengan kekuatan anggota sepenuh masa seramai 24 orang dan 14 anggota bomba bantuan.
Ketua balai Semenyih kini adalah Zainal Elias Abdul Aziz.
Balai ini pada mulanya dibina berstatus balai bantuan namun dinaik gred ke balai C disebabkan peningkatan jumlah kes di Semenyih.
Pada tahun 2016, statistik panggilan kes kebakaran adalah 233 dan khidmat khas sebanyak 265 dengan jumlah keseluruhan 489 kes.
Sementara pada 2017, statistik panggilan kes kebakaran adalah 153 dan khidmat khas sebanyak 385 dengan jumlah keseluruhan 538 kes.
Ia meningkat kepada 179 panggilan kes kebakaran, 336 khidmat khas dengan jumlah 515 kes pada tahun 2018.
Wan Syamsul Amly
Thu Feb 21 2019
Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih mula dibina pads 19 September 2012. - Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
109 polis jalani saringan, kuarantin selepas suspek positif COVID-19
Petugas yang terlibat adalah dari Balai Polis Gita, Sekama dan Tabuan terdiri daripada 10 pegawai dan 99 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, polis pengiring dan warden lokap.
Ternak rusa dalam balai bomba pertama di Malaysia - Projek Komuniti JBPM Jeli
Projek ini bertujuan memupuk kesedaran dan kepentingan industri ternakan dan makanan.
22 anggota bomba dikuarantin dalam balai selepas seorang positif COVID-19
39 pegwai dan anggota di BBP Guar Chempedak diarah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu 16 sudah disahkan negatif.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh positif COVID-19
Setakat ini punca jangkitan pegawai berkenaan masih belum diketahui.
Penilaian dibuat sebelum Balai Bomba Semenyih dinaik taraf - KP JBPM
Bancian akan dibuat setiap tiga tahun sekali untuk menentukan gred balai serta bilangan anggota bertugas.