Jika sebut nama Wisma Yakin 40 tahun dahulu, tiada siapa di ibu kota Kuala Lumpur ini yang boleh menafikan gahnya bangunan sebelas tingkat di Jalan Masjid India yang terkenal dengan ruang berniaga untuk orang Melayu.
Premis yang dimiliki sendiri hasil titik peluh ini menjadi lambang bertapaknya kuasa orang Melayu dalam perniagaan di tengah-tengah bandaraya.
Ia menjadi mercu tanda himpunan tekstil dan berkonsepkan tradisional sekali gus menjadi tumpuan orang ramai terutama menjelang Ramadan.
Bagaimanapun sejak 10 tahun lalu, kemeriahan Wisma Yakin makin hari semakin pudar.
Kompleks yang menempatkan 30 unit kedai kedai di tingkat bawahnya yang selama ini menjadi kebanggaan warga kota membeli baju Melayu kian hilang serinya.
Bagaimana tidak, bazar moden yang didirikan di hadapan Wisma Yakin dilihat 'mengancam' mata pencarian peniaga asal di situ.
Seorang peniaga yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia terpaksa membeli satu lot bazar moden di hadapan premisnya untuk memastikan perniagaannya tidak terkubur begitu sahaja.
Jelasnya, ia disifatkan sindiket yang harus didedahkan sebelum lebih ramai peniaga menjadi mangsa.
"Saya habiskan RM100,000 untuk bazar di hadapan ini, saya terpaksa buat begini untuk mengelakkan menanggung kerugian setiap bulan.
"Bagaimanapun saya kasihan kepada peniaga lain yang mungkin tidak mampu berbuat begini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus berbuat sesuatu untuk memastikan tiada pihak yang tertindas," ujarnya.
Peniaga terbabit membuka tapak baru di bazar moden yang terletak betul-betul di hadapan kedai asalnya.
Dia meletakkan barangan jualannya selain menyifatkan terpaksa berhabis ratusan ribu ringgit kepada sindiket berkenaan demi meneruskan perniagaan turun temurun keluarganya.
Astro AWANI difahamkan, sewa tapak bagi bazar moden tidak mencecah RM1,000 sebulan.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Datuk Maiden Kadir Shah berkata, ia berpunca daripada pembangunan Jalan Masjid India sendiri yang disifatkan berat sebelah.
"Bagaimana hendak meniaga jika laluan utama hendak ke Wisma Yakin seolah-olah seperti laluan tikus dan semakin lama semakin sempit.
"Bazar moden yang asalnya dibina untuk bulan Ramadan sahaja namun kini ia menjadi seperti tugu di hadapan premis kami...sekarang pengunjung juga sudah tidak nampak lagi Wisma Yakin," katanya.
Ujarnya, peniaga kini mengadu mengalami kemerosotan jualan lebih 50 peratus dan angka itu semakin menjunam dari hari ke hari.
Pandangan serupa diberi Timbalan Pengerusi Majlis Bertindak Kawasan Masjid India, Syed Akbar Ali yang meminta DBKL mendengar rintihan dan cadangan peniaga asal Wisma Yakin.
"Isu ini timbul setiap tahun dan saya ajukan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2004, malah kami pernah mencadangkan diwujudkan bazar Ramadan di tempat lain seperti Dataran Merdeka yang ada ruang lebih luas, namun mereka menolak.
"Mereka yang meniaga di bazar moden ini bukan peniaga kecil, ia sudah lari dari konsep membantu peniaga kecil. Saya berkata demikian kerana barangan yang ada di premis masing-masing memang melebihi had seolah-olah ada pengurus besar di sebaliknya," jelasnya.
Dalam pada itu kata Akbar, keadaan itu turut menyukarkan mereka menerima pelanggan selain menutup ruang untuk kenderaan seperti jentera bomba dan ambulans jika berlaku kecemasan.
Bangunan seliaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mula diduduki pada 1969 itu pada asalnya menghimpunkan ramai peniaga Bumiputera selain menjadi pusat tumpuan ramai peguam Melayu yang membuka operasi perkhidmatan di situ.
Sementara itu, pihak DBKL masih tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 17 2014
Peniaga Wisma Yakin sanggup berhabis RM100,000 demi selamat perniagaan - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
DBKL kesan kontraktor tutup jalan tanpa kebenaran, langgar SOP
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pemantauan pematuhan kerja korekan jalan awam sekitar ibu kota pada Sabtu.
Empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran diarah tutup
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap empat pusat urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kepong pada Sabtu.
DBKL laksana kadar kompaun baharu bagi kesalahan trafik mulai 1 Julai
Kadar kompaun kategori motosikal adalah sebanyak RM30 bagi tempoh bayaran satu hingga 15 hari, RM50 (16 hingga 30 hari) dan RM80 (31 hingga 60 hari).
Dewan Rakyat: DBKL tebang 173 pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Dr Zaliha Mustafa berkata penilaian itu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain pemeriksaan berterusan akan dilakukan terhadap pokok-pokok berusia.
DBKL sasar peningkatan 100 peratus pengekalan hutan, kawasan rekreasi di KL menjelang 2040
Dr Zaliha berkata perkara itu selaras dengan amalan terbaik yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.
DBKL tutup premis pelacuran
Dua premis tidak berlesen disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di Seputeh disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
CIDB laksana lebih 1,500 operasi penguatkuasaan dari Januari-April
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.