Kehadiran peniaga asing yang secara terang-terangan menjalankan aktiviti jualan mereka di Pasar Pagi Kampung Jawa di sini mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga tempatan.
Bukan sahaja membelakangkan undang-undang, kehadiran peniaga haram itu turut menjadi rungutan peniaga tempatan berikutan perniagaan mereka terjejas.
Pengerusi Persatuan Penjaja Kampung Jawa, Kuantan, Tan Siew Lan berkata, kedatangan peniaga warga asing itu kadangkala menyukarkan peniaga tempatan yang berlesen kerana mereka akan menduduki tapak niaga kosong tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Menurutnya, peniaga haram itu merupakan warganegara China yang mampu memberikan persaingan melampau dari segi harga jualan, kerana kos mereka jauh lebih murah berbanding peniaga tempatan.
Siew Lan turut mempersoalkan bagaimana warga asing ini begitu mudah mendapatkan permit berniaga dari Majlis Perbandaran Kuantan sedangkan ramai warga tempatan tidak diluluskan permohonan mereka untuk berniaga.
“Saya pun hairan apa pasal warga asing ini dapat permit, tapi kita tempatan punya orang tak dapat. Banyak yang sudah datang untuk (minta permit) berjualan pun MPK tak luluskan.
“Dia orang bukan Malaysia dan ada permit. Saya harap Majlis Perbandaran akan ambil tindakan,” ujarnya.
Menurut Siew Lan lagi, sikap peniaga warga asing itu yang kasar dan tidak menghormati peniaga tempatan yang cuba menegur kesalahan mereka, turut dikesali.
Namun, perkara yang pang mahu ditegaskan Siew Lan adalah peniaga haram itu tetap degil dan tidak serik walaupun pernah ditahan pihak Imigresen.
"Mereka orang luar yang guna kuli tempatan. Imigresen sudah datang (sebelum ini) untuk buat tangkapan. Ada tangkap, tapi datang lagi. Mereka memang tak takut!" dedah Siew Lan.
Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang ketika ditemui, mengakui turut menerima rungutan peniaga tempatan mengenai kehadiran warga asing sama ada dari Indonesia ataupun China yang berniaga di pasar pagi tersebut.
Walaupun telah beberapa kali ditahan oleh pihak berkuasa, namun peniaga warga asing itu masih tidak serik malah menjadi lebih licik dengan menjadikan warga tempatan sebagai rakan kongsi bertujuan memohon lesen berniaga sementera.
Chon Siang mencadangkan supaya penguatkuasaan dilakukan dengan lebih kerap dan sebarang permohonan lesen berniaga hendaklah dengan surat sokongan dari Persatuan Penjaja sebagai menyaring permohonan tulen dari warga tempatan.
"Kalau tak silap saya, Imigresen telah ambil tindakan dua tiga kali, tangkap peniaga haram ni. Tapi peniaga ni pandai. Dia sekarang ini kongsi pula dengan orang tempatan. Lepas tu dia minta lesen sementara.
“Nasihat saya pada pihak MPK, jangan sesuka hati keluarkan lesen sementara. Mereka kena komited dengan menghubungi persatuan kalau ada masalah. Apabila ada tempat kosong minta persatuan bagi surat sokongan, barulah keluarkan lesen sementara,” ujar Chon Siang.
Tambah beliau lagi, kebanjiran warga asing yang berniaga tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka mampu menguasai ekonomi tempatan sekiranya terus diberi peluang kerana mereka sepatutnya hanya bekerja di sektor yang dibenarkan dan bukannya menjalankan perniagaan.
Pasar pagi tersebut mempunyai 106 lot tapak niaga dan kesemua peniaga yang berdaftar dengan persatuan tertakluk di bawah garis panduan berniaga yang dipantau persatuan.
Astro Awani
Sat Sep 08 2018
Pasar Pagi Kampung Jawa di Kuantan menjadi tempat warga asing mengambil kesempatan untuk berniaga. - Astro AWANI
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.
Malaysia, Bank of China, teroka penyelesaian perdagangan mata wang tempatan
Perbincangan Anwar bersama bank tersebut, sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan hubungan ekonomi dua hala dengan China.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
China dijangka kekal jadi rakan dagang terbesar Malaysia pada masa depan
China dijangka terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kematangan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah mencecah 50 tahun.