KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sembilan tahun lepas.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal peguam Rajsurian Pillai yang mewakili Syed Ahmad Saifullah Hashim, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) terhadap pertuduhan yang dihadapi anak guamnya.
"Mahkamah melepas tanpa membebaskan OKS daripada pertuduhan selepas mendapati pertuduhan tersebut adalah cacat dan tidak berasas," kata Nor Hasniah.
Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal.
Pada 21 Julai 2022, Syed Ahmad Saifullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik satu kiriman berhubung 'pesawat yang dinaiki isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan. Al-Fatihah" melalui aplikasi Facebook "Syed Saifullah".
Dia dituduh melakukan perbuatan itu dengan niat menyakitkan hati orang lain antara 2 dan 4 April 2014 dan hantaran itu kemudiannya dibaca pada 11.35 malam di sebuah premis, di Plaza Pekeliling Jalan Kampar, Off Jalan Ipoh, Sentul di sini pada 4 April 2014.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya selain denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Pada 21 Julai 2022, Syed Ahmad Saifullah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik satu kiriman berhubung 'pesawat yang dinaiki isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar'.- Fail
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.
Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, mengingatkan peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan rosak.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
KKM hampir muktamad semakan caj konsultasi GP
KKM kini di peringkat akhir perbincangan dengan DOSM bagi menyemak caj konsultasi doktor swasta, dengan keputusan dijangka diumum dalam masa terdekat selepas mendapat sokongan NACCOL dan kerajaan.
Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Ipoh.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Komunikasi jelik terhadap kerabat diraja: 'Saya minta ampun, janji tak buat lagi'
Seorang pemandu p-hailing yang membuat hantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Buat hantaran jelik libat budak 5 tahun, 'influencer' Adeline Chang didenda RM7,000
Pemilik akaun Facebook 'Adeline Chang' didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah memulakan penghantaran komunikasi jelik.

Hantaran jelik, bekas wartawan didakwa
Seorang bekas wartawan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan penghantaran jelik terhadap seorang individu di laman sosial Januari lepas.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

Pengawal keselamatan dituduh buat hantaran jelik terhadap pendakwah
Tertuduh, Abdul Hadi Fadzil, 49, dari Alor Setar mohon dibicarakan ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan hakim.

Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial
MCMC dengan kerjasama PDRM merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lepas berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.

Penulis blog “Sang Kelembai” didakwa buat hantaran jelik berhubung vaksin di FB
Abd Zarin didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang di Facebook.

AMK buat laporan polis pengguna Facebook hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Batu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa memuat naik dua hantaran jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong
Penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.