Peniaga kecil di Sabah menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memberi nafas lega kepada mereka, terutamanya yang terjejas kerana tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi selama beberapa bulan.
Walaupun diberi kelonggaran untuk berniaga, peniaga masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan tiada lagi penularan dan kewujudkan kluster baru COVID-19.
Peniaga gerai makan, Bibah Abdillah berkata, rezekinya meningkat selepas kebenaran menjalankan operasi dibenarkan semula.
“Kalau dibandingkan sebelum ini dan sekarang, memang jauh berbeza. Bagi saya, mungkin ini hikmah semenjak PKP ini berlaku.
“Sebelum PKP, perniagaan tidak berapa menguntungkan. Mungkin sebab kita mempunyai banyak saingan. Sebaliknya, sekarang Alhamdulillah, ada peningkatan,” katanya.
Rata-rata peniaga memberitahu, antara cabaran baharu adalah pelaksanaan normal baharu iaitu penggunaan serta penyediaan pembersih tangan serta pelitup muka.
Peniaga gerai makan, Mantirna Mansur menjelaskan, dia menyediakan sendiri keperluan tersebut demi keselamatan dan kesihatan pekerja dan pelanggannya.
Dia turut mengakui masih wujud kebimbangan dalam kalangan pelanggan untuk mengunjungi premis perniagaan, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.
“Mudahan-mudahan wabak ini cepat berakhir dan peniaga pun boleh kembali seperti dulu. Buat masa ini, orang ramai kelihatan masih ragu-ragu untuk masuk ke gerai kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, penjual martabak, Hendra Tahir berkata, peniaga kecil atau pasar malam juga terkesan dan masih dalam proses penyesuaian diri dengan normal baharu.
“Cabarannya ialah untuk kita ikut peraturan atau SOP yang ditetapkan. Menggunakan pembersih tangan, periksa suhu badan, sebelum masuk ke premis perniagaan.
"Kebersihan mesti sentiasa dijaga, bermula dari waktu buka kedai sehingga selesai waktu berniaga,” katanya.
Qaisara Umaiyah, Hafiz Brahim
Thu Jun 11 2020
Peniaga mengakui masih wujud kebimbangan dalam kalangan pelanggan untuk mengunjungi premis perniagaan, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka. - Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.
Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.
Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.
Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.
AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.
Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.
Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.