IPOH: Cabaran dalam penggunaan media sosial merupakan antara isu yang dibincang dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Legasi Merdeka' bersempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.
Beliau berkata justeru, pengguna yang berhasrat memuat naik kenyataan di laman sosial perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
"Apabila mereka menyampaikan sesuatu pandangan ataupun maklumat, mereka juga akan memastikan bahawa apa jua yang disampaikan itu merupakan sesuatu yang ada asasnya," kata Mohammad Redzuan pada sesi rakaman forum itu yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini malam tadi.
Antara pengisian lain yang dibincang menerusi forum itu ialah erti kemerdekaan, kebebasan dalam Islam dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.
Panel jemputan lain ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid dan pendakwah Ustaz Harryanto Rizal Rokman bersama moderator Ustaz Hariri Daud.
Turut hadir menyaksikan forum itu ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2023.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan Perak Mohd Azlan Helmi Helmi.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023

Mohammad Redzuan (dua, kiri), Mohd Azmi (tiga, kiri) dan Harryanto (kanan) bersama moderator Hariri (kiri) pada Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Legasi Merdeka' di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya malam tadi. --fotoBERNAMA

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.

Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.

Cabaran media sosial antara topik dibincang Forum Perdana Ehwal Islam 'Legasi Merdeka'
Mohammad Redzuan berkata antara cabaran besar dalam menjaga kedamaian negara ialah penyalahgunaan platform media sosial.

Cabaran masak ayam dengan ubat batuk di TikTok, FDA beri amaran
Beberapa video yang tular mencabar orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine.

Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo kini 86 peratus siap - Fadillah
Pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

Fahmi Zainol tekad raih sokongan orang muda jika dipilih mengetuai AMK
Fahmi juga berhasrat untuk meningkatkan partisipasi golongan muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memantapkan sayap PKR.

AMK dan PKR perlu bawa rakyat keluar dari masalah yang sedang dihadapi - Adam Adli
Adam Adli menjelaskan usaha itu penting ketika mana rakyat sedang dihimpit masalah ekonomi dan kemelut politik yang tiada kesudahan sejak dua tahun yang lalu.

Fahami cabaran ibadah haji akibat COVID-19 - Hajiji
Umat Islam di negara ini terutama rakyat Sabah diminta supaya memahami cabaran melaksanakan ibadah haji dalam situasi COVID-19 masih melanda seluruh dunia.

Ini caranya untuk kekal segar sepanjang hari berpuasa
Bercerita cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal hidrasi sering dibincangkan secara meluas.