Peniaga diminta menyerap terus Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada harga yang dipamerkan bagi mengelakkan kekeliruan.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan Ain Arjuna Aziz Zaman berkata berdasarkan Dasar Harga Terangkum (SPP), peniaga perlu menyerapkan SST dalam harga yang dipamerkan bagi mengelakkan kekeliruan.
"Pemantauan hari ini ke beberapa premis makanan dan minuman kita dapati ada premis yang hanya menampalkan notis bahawa pelanggan akan dikenakan SST dan ada juga premis yang telah menyerap terus SST pada harga yang dipamerkan," katanya ketika ditemui selepas menjalankan pemantauan di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata peniaga juga diingatkan agar tidak mengenakan SST ke atas barangan dan perkhidmatan terutamanya yang melibatkan stok sedia ada semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kosong peratus.
"Kalau harga tiba-tiba berubah hari ini ia sedikit meragukan kerana barangan yang dibuat pada tarikh hari ini yang boleh dikenakan SST," katanya.
Ain Arjuna berkata pengguna pula dinasihati untuk mempertahankan hak mereka dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang mendadak serta mengemukakan bukti seperti resit sebelum dan selepas pelaksanaan cukai SST.
"Peniaga yang menaikkan harga akan diberi notis untuk mengemukakan justifikasi dan penjelasan mengikut Seksyen 21 Akta Mengenai Punca Kenaikan Harga yang tidak munasabah dalam pasaran," katanya.
Berkuat kuasa hari ini, SST dilaksanakan dengan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan, menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
Sebelum ini, GST mula dikuat kuasa pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus setelah diperkenalkan kerajaan terdahulu bagi menggantikan SST.
Sementara itu, Pengarah Pejabat KPDNHEP Kelantan Firdaus Zakaria berkata pihaknya kini melakukan pemantauan di seluruh negeri itu bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak sepatutnya.
Beliau berkata senarai harga barangan sebelum SST dilaksanakan telah dikumpulkan sebagai rujukan dan perbandingan harga selepas ia dilaksanakan.
"Jika peniaga dikesan menaikkan harga yang tidak sepatutnya notis akan dikeluarkan dan tindakan mengikut Akta Anti Pencatutan akan dikenakan," katanya.
Pengarah Pejabat KPDNHEP Kedah Mohamad Fitri Hassan yang dihubungi Bernama pula berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai harga barang dan perkhidmatan.
"Pelaksanaan SST bermula hari ini jadi masih terlalu awal untuk saya buat kenyataan tetapi kami akan jalankan pemeriksaan harga dan sebarang maklumat akan diberikan kemudian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 01 2018
Pengguna pula dinasihati untuk mempertahankan hak mereka dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang mendadak. - Astro AWANI
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.