Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir.
Beliau berkata sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah mereka dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.
"Yoong lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan turut mengarahkan isterinya berbuat demikian sebelum mereka terdengar bunyi tiga das tembakan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pada masa sama, Yoong turut membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian jiran-jirannya yang menyebabkan penjenayah terbabit dan seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal melarikan diri.
Salehhudin berkata pihak polis mendapati tiga kesan tembakan yang dipercayai dari tembakan revolver pada bumper dan cermin belakang kereta Yoong serta pintu besi rumahnya.
Motif kejadian sedang disiasat.
Yoong berkata beliau merasakan kelibat orang yang berpistol itu adalah berbahaya dan beliau dan isterinya perlu menyelamatkan diri.
"Saya segera masuk semula ke kereta dan menjerit memanggil isteri saya untuk turut masuk. Kami tunduk di dalam kereta sambil saya menekan hon kira-kira satu minit untuk meminta pertolongan jiran," katanya.
Beliau berkata beliau dan isteri kemudiannya mendapati penjenayah melarikan diri.
Bernama
Wed Jul 02 2014

Kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam.

Kelayakan Piala Dunia: Tuchel perjelas sebab Jordan Henderson kembali sertai skuad England
Tuchel percaya pemain tengah itu boleh menjadi "gam yang menjadikan sesuatu itu bertukar istimewa."
Hamparan 33,000 permaidani mewah hiasi Masjidilharam sepanjang Ramadan
Bagi memastikan keselesaan jemaah yang menunaikan ibadah, sejumlah 33,000 permaidani mewah sepanjang bulan suci Ramadan.
Fokus kini pada damai, bukan mineral Ukraine - AS
White House mengesahkan bahawa perjanjian sumber mineral AS-Ukraine tidak lagi menjadi keutamaan, dengan fokus kini beralih kepada usaha damai antara Ukraine dan Rusia.
AS lancar serangan udara di Yaman
AS melancarkan serangan udara ke atas ibu kota Yaman, Sanaa, menyasarkan tapak Houthi selepas serangan kumpulan itu di Laut Merah, sementara Houthi berikrar meningkatkan serangan, termasuk terhadap Israel.
Israel lancar operasi darat baharu di Gaza
Tentera Israel menyambung operasi darat di Gaza susulan serangan udara yang mengorbankan 48 nyawa, sementara PBB mengecam serangan terhadap kakitangannya dan menggesa siasatan penuh.
46 kertas siasatan dibuka berhubung skim pelaburan SILEGX
Polis telah membuka 46 kertas siasatan berhubung kes skim penipuan pelaburan SILEGX.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Kerugian dilaporkan melibatkan nilai kerugian mencecah RM41.5 juta.
Tujuh individu ditahan disyaki terlibat sindiket tipu kerja
Lima lekaki dan dua wanita ditahan polis dalam serbuah di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Penahahan itu dipercayai susulan kondominium itu yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Kali kelima, Ismail Sabri sambung rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, kehadiran kali kelima bagi tujuan merakam percakapan berhubung siasatan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Hujahan rayuan hukuman Syed Saddiq bersambung
Mahkamah Rayuan Putrajaya akan terus mendengar hujahan rayuan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini berhubung kes yang dikaitkan dengan dana ARMADA.

Selamat datang! Hector Hevel, Gabriel Palmero sah pemain warisan baru Harimau Malaya
Kedua-dua pemain dijangka perkuat skuad kebangsaan menjelang aksi pembukaan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Nepal pada Selasa.

Peniaga dan isteri nyaris maut, penjenayah lepas tiga tembakan
Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok malam tadi.