KOTA BHARU: Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu di Balai Polis Kubang Kerian, Ahad lepas.
Muhammad Hadiq Hamdi Mohd Suhaimi, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu pada 12.37 tengah hari dengan mendakwa dia dirompak dua lelaki pada Sabtu lepas yang menyebabkan kerugian RM6,000 ketika berada di belakang sebuah bank dekat Kubang Kerian di sini.
Muhammad Hadiq Hamdi didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nik Nazriani Ab Rahman.
Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha menawarkan jaminan RM3,000 dan Nik Nazriani memohon jaminan minimum dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh hanya bekerja sambilan sebagai peniaga dalam talian.
Mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Hadiq Hamdi diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh jatuh hukum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu, yang mendakwa dia dirompak dua lelaki yang menyebabkan kerugian RM6,000. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 buat laporan palsu diculik
Seorang pempengaruh wanita warga Singapura didenda RM1,000 okerana membuat laporan polis palsu kononnya dia telah diculik ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya di antara 10 hingga 31 Mei 2017.

Pengawal keselamatan ditahan buat laporan palsu tuntut insurans
Buat laporan palsu sebab mahu baiki kerosakan dan selesai tunggakan bayaran bulanan.

Peniaga dalam talian mengaku salah buat laporan polis palsu
Tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu, yang mendakwa dia dirompak dua lelaki yang menyebabkan kerugian RM6,000.

Padah buat laporan palsu diragut, bakal pengantin dipenjara sehari
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000.