Peniaga makanan bazar Ramadhan digalakkan memohon sijil dan logo halal, menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(JAIK) Datuk Noh Dahaya.

Ini agar tiada pertikaian berbangkit terutama dalam isu halal yang sering menjadi keraguan pengguna, kata beliau.

Menurut Noh, peniaga boleh mula memohon sijil halal tetapi mereka haruslah menepati syarat yang telah di tetapkan pihak JAIK sebelum sebarang kelulusan dikeluarkan.

Beliau juga memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang gagal mendapat kelulusan halal mereka tidak perlu bimbang kerana pihak JAIK akan membantu peniaga sehingga mendapat sijil halal yang sah.

Katanya ini merupakan salah satu langkah JAIK dalam menambahbaikkan perniagaan makanan bercirikan Islam dimana setiap permohonan baru memerlukan kriteria serta syarat yang ditetapkan.

Jesteru itu, dengan pengeluaran sijil halal ini ia dapat mempertingkatkan lagi penjualan produk makanan terutama dalam aspek kebersihan dan orang ramai tidak perlu meragui makanan yang dibeli.

Tambah beliau sejak tahun 2012 pelaksanaan sijil dan logo halal sudah mula dikeluarkan kepada jabatan agama Islam di setiap negeri dan dikawalselia sepenuhnya di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

“Bagi negeri Kedah kita telah malancarkan e-halal yang dijalankan secara seragam oleh JAKIM kepada semua negeri."

"ini memiliki halal memberi kemudahan kepada pemohonan pemohonan mendapatkan sijil dan logo-logo halal kepada system online lah jadi pemohon ni tak kira apa kategori dia boleh mohon terus di online dalam web kita," katanya.

Tambah beliau permohonan halal ini tidak dikeluarkan kepada peniaga-peniaga atau pengusaha makanan beragama Islam sahaja malah pengusaha gerai makanan dari golongan bukan Islam juga boleh memohon sijil halal ini tetapi mereka haruslah mengikuti prasyarat yang ditetapkan pihak JAKIM.

"Bukan saja orang islam orang bukan Islam pun ada minat yang sangat menggalakkan yang satu perkembangan baru yang sangat positif la di Kedah ni."

"Jadi bagi yang pengusaha-pengusaha restoran produk-produk yang bukan kedai orang islam ni pun dah berminat nak mendapatkan logo halal sijil halal ni walau bagaimanapun yang telah memenuhi kriteria ni kita telah mempertimbang lah."

Sejak tahun 2012 sehingga 2013 status permohonan peniaga termasuk peniaga bukan Islam yang memohon sijil dan logo halal sudah melebihi 500 peniaga yang telah memohon serta separuh daripadanya kini sudah dipertimbangkan bagi mendapat kelulusan JAIK.