Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus pengendalian makanan seperti yang disyaratkan kepada peniaga makanan.
“Operasi dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak ini bertujuan untuk memeriksa pengendalian makanan adalah mengikut standard ditetapkan,” kata MPS menerusi hantaran di laman Facebook agensi itu
Dalam pada itu, MPS turut mengingatkan peniaga agar memakai apron, topi serta pelitup muka semasa menjalankan perniagaan.
“Para peniaga juga diingatkan agar memastikan setiap pekerja mempunyai suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan dan harus sentiasa dibawa semasa menjalankan perniagaan,” menurut hantaran itu. -Sinar Harian