KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.
Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato' Senu, di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Jun lepas.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Dia membayar denda itu.
Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata mahkamah perlu menjatuhkan satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain agar tidak melakukan kesalahan sama.
Wanita itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan, dengan alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan merasa kesal atas perbuatannya.
"Selama tujuh tahun sebagai pengasas dan pengasuh di taska rumah, perkara ini tidak pernah berlaku dan saya mula mengasuh kerana minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," katanya dalam nada yang sebak.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub pula memohon mahkamah supaya hukuman bentuk pengajaran diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, tulang pipi merah dan bengkak di atas bibir selepas mengambil mangsa dari taska tersebut.
Pengadu telah bertanya kepada Azlinawaty dan dia memaklumkan mangsa terhantuk dengan anak asuhan lain ketika bermain tetapi akhirnya mengaku menampar mangsa.
Hasil siasatan polis mendapati, Azlinawaty telah menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa meluahkan semula makanan yang disuap olehnya.
Hasil pemeriksaan rawatan pula mendapati, kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat dipukul.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Hasil siasatan polis mendapati, Azlinawaty telah menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa meluahkan semula makanan yang disuap olehnya. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak perempuan 2 tahun
Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.
Kes tampar murid: 'Tindakan Cikgu Azizan untuk membentuk anak bangsa cemerlang' - Netizen
Selepas dilepaskan tanpa dibebaskan, tindakan Cikgu Azizan terus mendapat sokongan dari netizen.