KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengusaha pusat gimnasium swasta merayu kepada kerajaan supaya menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan mereka membuka semula perniagaan.
Sekumpulan pemilik gim persendirian, S. Jayagobi dan Kevin Lius Silvaraju berkata penutupan gimnasium dan pusat kecergasan itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti pelaksanaan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara yang kini hampir mencecah sembilan bulan, telah hampir menutup sumber pendapatan mereka.
Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka yang kini mengendalikan beberapa cawangan francais Anytime Fitness di ibu kota, berkata seperti perniagaan lain, pusat gim itu masih perlu membayar sewa, bil utiliti dan gaji pekerja.
"Kami merayu kepada kerajaan agar membenarkan kami untuk membuka semula gim secepat mungkin memandangkan bilangan dewasa yang telah mendapat dos kedua di Lembah Klang mencatatkan 86.9 peratus semalam.
"Bagi pihak pemilik dan pengusaha pusat gimnasium swasta di seluruh negara, kami memuji usaha gigih kerajaan untuk menjaga kesihatan penduduk Malaysia daripada jangkitan Coronavirus," kata Jayagobi.
Jayagobi berkata pembukaan gim harus dibenarkan dengan peraturan yang ketat, iaitu hanya individu yang telah lengkap divaksin melalui bukti sijil digital MySejahtera dengan bilangan ahli yang terhad dibenarkan untuk menggunakan kemudahan gim di setiap outlet sambil mematuhi penjarakan fizikal.
"Ruang tersebut telah pun ditandakan dengan jelas dan ahli telah dimaklumkan untuk berada dalam zon selamat di ruang bertanda," katanya.
Sementara itu, Kevin berkata beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan rayuan itu dan membenarkan mereka beroperasi bulan depan.
Selain itu katanya sekiranya dibenarkan beroperasi, peserta perlu membawa tuala sendiri bagi memastikan kebersihan diri diamalkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
![Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629132565_Gimnasium.jpg)
Sekiranya dibenarkan beroperasi, peserta perlu membawa tuala sendiri bagi memastikan kebersihan diri diamalkan. - Gambar hiasan
Menanti 'magis' skuad badminton di suku akhir
Wartawan Astro ARena, Ahmed Shahrazad Sani membawakan perkembangan terkini temasya Olimpik Paris 2024 melibatkan kem badminton negara.
Himpunan penghormatan terakhir Ismail Haniyeh
Kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menggemparkan dunia ketika rundingan gencatan senjata perang Israel di Gaza masih berlangsung.
Kesannya turut dirasai di Malaysia dengan satu himpunan dianjurkan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada pejuang kemerdekaan Palestin itu di ibu negara.
Laporan lanjut bersama rakan setugas, Irfan Faruqi.
Kesannya turut dirasai di Malaysia dengan satu himpunan dianjurkan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada pejuang kemerdekaan Palestin itu di ibu negara.
Laporan lanjut bersama rakan setugas, Irfan Faruqi.
Israel jalankan siasatan penilaian
Memetik media antarabangsa, tentera rejim zionis itu dalam kenyataan ringkas juga enggan mengulas lanjut berhubung serangan tersebut, yang dikaitkan dengan Israel.
Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha pada Jumaat
Kumpulan Hamas berkata jenazah pemimpin berusia 62 tahun itu kemudiannya akan dibumikan di ibu negara Qatar pada Jumaat.
![Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707819240_MohdZukiAli.jpg)
Penjawat awam perlu terus berikan khidmat profesional, berintegriti - KSN
Penjawat awam diingatkan untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional serta berintegriti terutama sekali dalam era pascanormal yang mencabar dan ketidaktentuan.
Anwar kongsi kesedihan dengan anggota biro politik Hamas
Perdana Menteri turut berkongsikan rakaman perbualan beliau bersama Anggota Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim.
Anwar berkata pemakluman yang mengejutkan itu diterima sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu, dan seluruh Jemaah Menteri terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara menyerang dan menyeksa rakyat Palestin.
Anwar berkata pemakluman yang mengejutkan itu diterima sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu, dan seluruh Jemaah Menteri terkejut dengan kegilaan rejim Zionis Israel yang menganggap perang dan keganasan ini boleh berakhir dengan cara menyerang dan menyeksa rakyat Palestin.
PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia melantun semula susulan momentum positif
Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran serantau.
AWANI Borneo [31/07/2024] - Temu duga Ogos | Tiket mahal | Sindiket pas lawatan IMM13
AWANI Borneo 31 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. SPP adakan pengambilan khas atasi kekurangan guru Sarawak.
2. Kementerian Pengangkutan diminta pantau kadar tambang laluan Sabah dan Sarawak.
3. Dua penguatkuasa ahli sindiket pengeluaran Pas Lawatan IMM13 ditahan.
1. SPP adakan pengambilan khas atasi kekurangan guru Sarawak.
2. Kementerian Pengangkutan diminta pantau kadar tambang laluan Sabah dan Sarawak.
3. Dua penguatkuasa ahli sindiket pengeluaran Pas Lawatan IMM13 ditahan.
![Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629132565_Gimnasium.jpg)
Pengusaha gimnasium rayu kerajaan semak semula SOP
Jayagobi berkata pembukaan gim harus dibenarkan dengan peraturan yang ketat.