Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Mohammad Mentek memberi tempoh 24 jam kepada semua pengusaha untuk membersihkan resort mereka yang beroperasi di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSzone) daripada pekerja asing tanpa izin (PATI).
Beliau berkata jika pengusaha resort gagal mematuhi arahan itu, ESSCcom akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana dianggap melindungi PATI.
"Kita akan meminta agensi pengeluar lesen membatalkan lesen perniagaan mereka. Kita melihat perkara ini amat serius sebab dalam beberapa analisis yang kita buat, kejadian penculikan berlaku dengan begitu mudah.
"Penculik sudah tahu di mana mereka ingin melakukan penculikan, seolah-olah mereka sudah tahu bagaimana untuk memasuki resort itu sendiri," kata Mohammad kepada pemberita selepas bertemu pengurus dan pengusaha resort serta pusat peranginan di Kota Kinabalu, Selasa.
Hadir sama Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCom Mejar Jeneral Datuk Masrani Parman dan Pengarah Bahagian Penguatkusaan Maritim ESSCom Laksamana Pertama Maritim M.Karunanithi.
Mohammad berkata ESSCom terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana pengurus dan pemilik resort seolah-olah memandang ringan selain gagal mematuhi arahan pihak berkuasa sebelum ini.
Beliau berkata pengusaha resort tidak sepatutnya menggaji PATI kerana latar belakang mereka tidak diketahui dan boleh menyukarkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan langkah keselamatan.
Katanya, mulai sekarang, setiap resort diarah menghantar senarai penuh pekerja mereka kepada ESSCom setiap tiga hari untuk pemeriksaan keselamatan.
"Berkuat kuasa serta-merta juga, tiada lagi perjalanan bot pelancong pada waktu malam iaitu selepas jam 6 petang. Penculikan bukan sahaja boleh berlaku di resort tetapi juga dalam perjalanan ke resort.
"Kita telah mendapat maklumat ada beberapa cubaan menculik melibatkan bot-bot yang dalam perjalanan ke pulau-pulau," katanya.
Mohammad juga berkata arahan itu merangkumi aktiviti laut pada waktu malam seperti skuba.
Bagaimanapun, beliau berkata ESSCom akan mengkaji kegiatan nelayan tempatan yang keluar pada waktu malam sebelum mengeluarkan arahan dan tidak menggalakkan aktiviti menangkap ikan pada waktu malam di kawasan berisiko berlakunya jenayah rentas sempadan kerana sebelum ini, ada nelayan tempatan menjadi mangsa culikan.
Bernama
Tue Apr 15 2014
![Pengusaha diberi tempoh 24 jam bersihkan resort daripada PATI - KP ESSCom Pengusaha diberi tempoh 24 jam bersihkan resort daripada PATI - KP ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/81387252654_295x200.jpg)
Datuk Mohammad Mentek
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721100842_iOSPublicBeta.jpg)
Anda kini boleh uji iOS 18 Public Beta
Walaupun iOS 18 Public Beta sedia dimuat turun, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian.
Saya 'pelik' soalan YB Hulu Terengganu - Timbalan Menteri KPDN
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pelik dengan soalan YB Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengaitkan harga barang naik dan subsidi diesel antara faktor kekalahan PH di Sungai Bakap.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
PKPS 2.0: LHDN kutip RM512.6 juta - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata LHDN sudah mengutip RM512.6 juta melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.
#SisiTVParlimen #AWANInews
#SisiTVParlimen #AWANInews
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707897272_TBDATUKVICTORSAN.jpg)
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
![Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707795406_ESSCOM.jpg)
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
![Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662629555_EsssCom.jpg)
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
![Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693828527_KembaraKenaliBorne.jpg)
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
![Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693309655_TBSaifuddinNasution.jpg)
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
![ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691499137_ESSCOMM.jpg)
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
![Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19 Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/81514859603_pulausipadan.jpg)
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
![Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675239406_ESScom.jpg)
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
![ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652433224_ESSCOM.jpg)
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
![Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637928456_NIZAMAbuBakarTiti.jpg)
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.