PETALING JAYA: Kerajaan akan menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan syarikat tempatan, agar peniaga bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata perkara ini bertujuan meningkatkan status sosio-ekonomi bumiputera dan penglibatan usahawan bumiputera di pusat beli-belah.
"Penglibatan bumiputera kini harus bukan sahaja di sektor informal, tetapi sektor formal seperti menjalankan perniagaan di pusat beli-belah yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)", katanya ketika berucap pada majlis makan malam ulang tahun UDA Holdings Berhad (UDA) ke-50 di sini malam tadi.
BACA: UDA terima RM100 juta bangun pusat komersial, bantu usahawan Bumiputera - Ismail Sabri
Menurut Perdana Menteri sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, usahawan termasuk bumiputera dapat kembali bernafas dan menjalankan perniagaan, yang secara langsung membantu menggerakkan semula ekonomi negara.
"Ketika kita (negara) berdepan dengan tekanan inflasi, nilai jualan perdagangan borong dan runcit negara sekali lagi mencatatkan rekod baharu pada Mei, dengan pertumbuhan 19.9 peratus iaitu sebanyak RM129.8 bilion, tertinggi sejak 2013," kata beliau.
Meskipun begitu, Ismail Sabri berkata status sosio-ekonomi bumiputera masih di tahap rendah dan penglibatan usahawannya perlu dipertingkatkan.
Justeru beliau mencadangkan agar UDA dapat menjual atau menyewakan ruang-ruang perniagaan sedia ada, pada kadar yang mampu ditanggung oleh usahawan bumiputera yang berpotensi mengembangkan perniagaan mereka.
"Ini untuk membolehkan usahawan bumiputera berniaga dalam suasana yang lebih selesa dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan status mereka sebagai usahawan berjaya," kata Ismail Sabri.
Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memperkasa bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM11.4 bilion dalam Bajet 2022.
Mengulas mengenai UDA yang mencapai usia separuh abad pada 12 Nov tahun ini, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga atas kejayaan UDA selama 50 tahun membantu membangunkan negara.
"Saya berharap agar pencapaian ini akan menyemarakkan lagi keazaman generasi masa kini untuk terus-menerus melakar kejayaan seperti yang dikecapi UDA," katanya.
Namun pada masa yang sama Ismail Sabri turut mengingatkan UDA supaya tidak harus merasa puas hati atas pencapaian mereka selama ini, kerana sektor hartanah dan perniagaan sentiasa berkembang.
Perdana Menteri kemudiannya mengumumkan dana RM100 juta untuk UDA membantu pusat komersil dan usahawan bumiputera.
Beliau turut melahirkan harapan agar UDA terus gemilang melahirkan komuniti yang inklusif dan mampan dan bersama-sama kerajaan dalam memulihkan kembali ekonomi negara dan mendoakan agar UDA terus maju dalam melaksanakan pembangunan negara dan bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi Keluarga Malaysia.
Pada majlis yang sama Perdana Menteri turut melancarkan buku 'UDA 50 Tahun, Bersama Meneruskan Legasi'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
![Pengurusan pusat beli-belah milik GLC akan disemak semula Pengurusan pusat beli-belah milik GLC akan disemak semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658789565_PerdanaMenteriDatu.jpg)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sentiasa komited dalam memperkasa bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM11.4 bilion dalam Bajet 2022.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
![Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717768649_AhmadMaslan.jpg)
Kontraktor kecil dan sederhana pengganda ekonomi lokal - Ahmad Maslan
Industri pembinaan melalui kumpulan kontraktor kecil dan sederhana boleh menjadi 'faktor pengganda' dalam membantu mengembangkan ekonomi setempat.
![Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841370_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710935899_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
![Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710829512_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
![GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
![Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708011408_DatukLarrySngWei.jpg)
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
![Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706360717_Mahkamah.jpg)
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
![Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704972522_TBANWARPTP.jpg)
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
![Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704869204_TBreman.jpg)
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
![GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704777562_TBAnwarIbrahim.jpg)
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.