KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dijemput oleh pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah khas syarikat yang diadakan pada 26 September 2009.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 58, berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi atau Casey Tang Keng Chee (bekas pengarah eksekutif 1MDB) mungkin telah menjemput Jho Low menghadiri mesyuarat sulit tersebut.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh itu turut dihadiri Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Shahrol Azral, Tan Sri Azlan Zainol, Casey Tang dan saksi itu sendiri.
Ismee yang dirujuk dengan minit mesyuarat tersebut, bersetuju bahawa tiada persoalan dibangkitkan atau yang mempersoalkan bagaimana Jho Low dijemput dan atas apa tujuan.
"Saya ingat sebelum mesyuarat bermula, kami ada bercakap mengenainya, dan dari perspektif saya kehadiran beliau pada masa itu adalah untuk menjelaskan kepada lembaga pengarah mengenai cadangan usaha sama (JV) dengan PetroSaudi International Ltd (PSI)," katanya.
Muhammad Shafee: Jho Low nampaknya tidak mengeluarkan sepatah kata pun sepanjang mesyuarat itu, kerana jika tidak penjelasannya akan direkodkan dalam minit ini.
Ismee menjawab: Ya.
Ketika ditanya mengenai perjanjian usaha sama AS$1 bilion dengan PSI, saksi itu berkata beliau diberi 'tanggapan' bahawa bekas perdana menteri itu mahu lembaga pengarah meneruskan JV tersebut.
Beliau berkata Mohd Bakke, bekas pengerusi 1MDB telah memberitahu pengarah-pengarah bahawa beliau telah bercakap dengan Najib melalui telefon sebelum mesyuarat 26 September 2009.
"Apa yang saya boleh ingat adalah Mohd Bakke memberitahu kami bahawa 'PM mahu kami melakukan perkara ini (usaha sama PSI)'," katanya.
Muhammad Shafee kemudian menyoal Ismee sama ada Mohd Bakke telah menyebut perkataan seperti "Jangan ambil masa terlalu lama melihat transaksi sebelum ini".
Ismee berkata, Mohd Bakke tidak memberitahu butiran panggilan telefonnya dengan Najib.
"Pada asasnya, Mohd Bakke berkata lembaga pengarah perlu membuat keputusan (mengenai PSI)," katanya.
Minggu lepas, dalam perbicaraan melibatkan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB yang dihadapi Najib, Mohd Bakke memberi keterangan bahawa Najib memberitahunya melalui telefon supaya tidak mengambil terlalu banyak masa melihat urus niaga lepas dan hanya memberi tumpuan kepada cadangan JV antara 1MDB dan PSI.
Semasa prosiding hari ini, Muhammad Shafee mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh Mohd Bakke kepada Ismee dan yang lain di dalam bilik mesyuarat itu adalah "bukan apa yang diberitahu oleh perdana menteri ketika itu kepadanya (Mohd Bakke).
"Beliau (Mohd Bakke) mungkin mahu menarik perhatian lembaga pengarah," kata peguam itu.
Ismee berkata, hanya Mohd Bakke yang boleh memberi keterangan mengenai perbualan telefonnya dengan Najib.
Sementara itu, seorang lagi saksi, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir berkata beliau tidak pernah mengesahkan arahan yang diterima daripada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias, yang dikatakan datang terus daripada Najib sendiri.
Peguam Datuk Hariharan Tara Singh merujuk Azmi kepada sebahagian kenyataan saksinya yang menyatakan beliau berjanji untuk melaksanakan dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan usaha sama antara bank BSI dan 1MDB Global Investments Ltd (1MDB GIL) pada Mac 2013.
Bagaimanapun, Azmi berkata kebanyakan arahan Azlin hanya secara lisan atau mesej teks dan ia tidak pernah ditulis dalam dokumen yang betul.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Hariharan bahawa beliau tidak pernah mengesahkan arahan itu dengan Najib kerana menganggap apa sahaja yang datang daripada Azlin adalah arahan Najib.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Ismee berkata Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi atau Casey Tang Keng Chee mungkin telah menjemput Jho Low menghadiri sebuah mesyuarat sulit. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.