KUALA LUMPUR: Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggannya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya petang semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam operasi pukul 3 petang itu, pengurus pusat hiburan tersebut dikompaun RM25,000 manakala pelanggan berumur 20 hingga 50 tahun itu dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang.
"Semasa serbuan dijalankan, terdapat tujuh pelanggan terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan sedang berhibur di dalam premis tersebut dan terdapat tiga lelaki warga asing yang bekerja di premis tersebut.
"Pengurus pusat hiburan itu dikompaun kerana premis itu beroperasi dalam tempoh Fasa 1 PPN manakala tujuh pelanggan dikompaun kerana mengunjungi pusat hiburan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata ujian air kencing terhadap kesemua individu berkenaan juga mendapati dua pelanggan yang berumur 22 dan 25 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.
Katanya, pengurus pusat hiburan yang merupakan warga tempatan dan berumur 40 tahun itu juga gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras 2021 ketika diperiksa, dan turut ditahan bersama tiga pekerja warga asing bagi membantu siasatan.
"Pengurus itu akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 manakala warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1956/1963," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata kesemua suspek direman selama tiga hari bermula semalam ini hingga Rabu bagi membantu siasatan manakala suspek yang didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah hari ini di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021

Semasa serbuan, terdapat tujuh pelanggan sedang berhibur dan tiga lelaki warga asing yang bekerja di dalam premis tersebut. - Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata
Polis giat mengesan tujuh suspek berhubung kejadian samun bersenjata berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hari ini.

Guru pusat jagaan ditahan disyaki terlibat kes pengabaian kanak-kanak
Guru tersebut ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.

Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.

Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.

Polis kesan dua individu bakar pacuan empat roda
Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat membakar kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sungai Kayu, Damansara, tengah malam Ahad.

Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk
Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan, awal pagi Sabtu lepas.

Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam.

Polis kesan remaja perempuan hilang sejak Isnin lepas
Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor sejak Isnin lepas.

Anggota polis kena saman salah guna parkir OKU
Saman dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Edar ganja: Enam lelaki ditahan di Damansara, Sungai Buloh
Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat mengedar ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12,320 di sebuah rumah di Damansara dan Sungai Buloh, Isnin lepas.