KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat mengedar ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12,320 di sebuah rumah di Damansara dan Sungai Buloh, di sini, Isnin lepas.
Kesemua suspek yang ditahan pada sekitar 6.30 petang hingga 7.45 malam itu, berusia lingkungan 25 hingga 31 tahun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata dalam serbuan pertama, polis menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada dalam keadaan mencurigakan, di kawasan parkir kenderaan di Sri Damansara.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tiga lelaki berada dalam kenderaan tersebut dan polis turut menemukan dua ketulan mampat daun-daun kering ganja seberar 2,034 gram.
"Selain itu, polis turut merampas serangkai anak kunci yang mengandungi dua anak kunci dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannbinol," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakrudin berkata hasil semakan, mendapati seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah manakala dua lagi suspek tiada sebarang rekod.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas mereka, polis bertindak menahan tiga lagi suspek lelaki di sebuah rumah sekitar di Sungai Buloh.
"Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis menemukan ganja seberat 2,893 gram dan turut menyita tiga kenderaan jenis Isuzu D-Max, Proton Saga dan Perodua Myvi.
"Hasil saringan air kencing mendapati, dua daripada tiga suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannbinol dan kesemua mereka tiada rekod jenayah lampau," katanya.
Mohamad Fakrudin berkata hasil analisis polis mendapati ganja berkenaan boleh dibekalkan kepada lebih 1,000 penagih.
Beliau berkata keenam-enam suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Polis turut menemukan dua ketulan mampat daun-daun kering ganja seberar 2,034 gram. - Foto PDRM

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Bekas pramugara dan dua rakan dipenjara seumur hidup, edar, tanam ganja
Mereka didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 707.05 gram dan menanam pokok ganja, empat tahun lepas.

Guru lelaki dicekup disyaki edar ganja
Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya.

Suami isteri antara tiga ditahan miliki, edar ganja
Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan disyaki memiliki 14.4 kilogram dadah jenis ganja dianggar bernilai RM49,200.

'Hari yang gelap buat saya' - Yasin
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis supaya dia dipenjara seumur hidup dan 16 kali sebatan sebagai hari yang gelap buatnya.

Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.

Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.

Dua rakan terlepas hukuman gantung, tuduhan edar ganja
Dua rakan terlepas hukuman gantung setelah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 455 gram, tiga tahun lepas.

Suami isteri didakwa edar 51 kilogram ganja
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram.

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap ahli perniagaan edar ganja
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang ahli perniagaan kerana mengedar 9.528 kg ganja.

Edar ganja: Enam lelaki ditahan di Damansara, Sungai Buloh
Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat mengedar ganja dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12,320 di sebuah rumah di Damansara dan Sungai Buloh, Isnin lepas.