KUALA LUMPUR: Seorang pengurus sebuah kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pembelian seutas jam tangan berjenama bernilai lebih RM300,000, bulan lepas.
Amelia Chong Mey Wen, 33, didakwa menipu Lee Ka Seng, 32, dengan memperdayanya untuk menyerahkan jam tangan berjenama bernilai RM335,000 dalam urusan jual beli terbabit di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil, pada 8.30 malam, 12 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman menawarkan jaminan RM40,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Lim Kwang Ching memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 atas alasan anak guamnya mempunyai anak masih kecil dan suami hanya bergaji RM2,500 sebagai jurujual serta akaun bank tertuduh dan suami telah disita.
Hakim Azrul Darus membenarkan Chong diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Di mahkamah sama, seorang suri rumah mengaku tidak bersalah menerima deposit tanpa lesen sebanyak RM450,000 di sebuah bank di Wangsa Maju di sini, pada 25 Okt 2019 dan 28 Mei 2020.
Norazlin Mohd Adnan, 39, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menerima wang deposit itu daripada Raja Azila Raja Abdul Aziz, 37, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Muhammad Amir menawarkan jaminan RM15,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Farith Emier Farhan memohon jaminan paling minimum atas alasan anak guamnya memiliki empat anak berusia lapan hingga 13 tahun dan suaminya bekerja sebagai pemandu e-panggilan dengan memperoleh pendapatan sekitar RM1,300 sebagai pencari nafkah tunggal.
Azrul membenarkan Norazlin diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengurus kedai kek didakwa tipu pembelian jam tangan bernilai lebih RM300,000
Seorang pengurus sebuah kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pembelian seutas jam tangan berjenama bernilai lebih RM300,000.