Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seksual, sejak 2014.
Tertuduh, Ling Ong Weng, 34, didakwa memperdagangkan Nutsara Hemman, Nipaporn Sananmueang, Sirikon Maitoklang dan Patcharin Polkan yang berumur antara 23 dan 43 tahun bagi maksud eksploitasi seksual.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Ritz Garden Hotel, Garden Reflexology, Tingkat 1, Lot 5260 dan 5261, Jalan Lumut, Seri Manjung pada 9.35 malam, dari tahun 2014 hingga 20 Jan 2017.
Pertuduhan ke atas Ling dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Kartini Mansor.
Di mahkamah sama, pasangan suami isteri, Lee Wai Keong, 41, dan Ho Siew Hong, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa iaitu menggunakan kekerasan terhadap dua wanita warga Indonesia.
Kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap Layam, 32, dan Leonardo Davincie, 28, di Restoran Fancy Mee, No 1, Taman Lekir Baru, Jalan Raja Omar, Sitiawan antara 2 Mei 2015 dan 3 Mac lepas.
Kedua-dua pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Norashima kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017

Seorang pengurus hotel Ling Ong Weng, 34, (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand sejak 2014, bagi maksud eksploitasi seksual. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

'Period spot checks' langgar hak, salah di sisi undang-undang
Hal ini kerana, wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

Polis London guna kamera pengecaman wajah suspek jenayah
Mengenal pasti wajah yang tersenarai dalam 2,500 orang dikehendaki, terdiri dari suspek kes jenayah serius dan keganasan termasuk serangan senjata dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Pengurus hotel mengaku tidak bersalah pertuduhan eksploitasi seksual
Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seksual, sejak 2014.