Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.
"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital' di Kolej Wadi Sofea di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi hari ini.
Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.
"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya.
Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu berbuat sesuatu.
Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat.
"Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya.
Bernama
Thu Oct 02 2014
TUN M: Pengurangan subsidi minyak mampu tangani ketirisan - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tujuh kampus KPTM seluruh negara sedia jalani kelas bersemuka jika dibenarkan KPT
KUPTM dan KPTM kini menjalankan program pengajiannya secara dalam talian sepenuhnya semenjak penularan pandemik COVID-19.
3 kebakaran di UKM dalam sehari, bomba siasat unsur khianat
Insiden kebakaran di tiga lokasi berbeza dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi yang tular di media sosial hari ini bukan berlaku pada hari ini, sebaliknya Rabu lepas.
Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
Menurut Dr Noor Hisham, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
COVID-19: UNIMAS beri bantuan kewangan kepada pelajar terkandas
Pelajar baharu yang telah berada di kampus UNIMAS akan terima bantuan kewangan dan pengecualian yuran penginapan untuk bulan Oktober.
Teringat manisnya kehidupan zaman belajar di universiti awam? Jom 'recap' kenangan ini...
Rindu sewaktu zaman belajar? Jom 'recap' perisitiwa yang mungkin berlaku di kebanyakan universiti awam.
Pelakon sitkom 'Full House' mengaku bersalah skandal kemasukan ke kolej
Loughlin dan suami dituduh memberi suapan AS$500,000 untuk membawa dua anak perempuan mereka masuk ke University of Southern California.
Kerajaan perhalusi SOP pergerakan pelajar dari zon hijau ke merah, merah ke hijau
Ismail Sabri berkata, SOP berbeza diperlukan untuk pergerakan pelajar dalam kes tertentu, bagi memastikan mengawal wabak COVID-19.
Tujuh penuntut dan seorang aktivis sertai protes ditahan
Mereka ditahan selepas enggan bersurai ketika mengadakan perhimpunan pada jam lebih kurang lima petang, walaupun telah diminta berbuat demikian oleh pihak polis.
Pelakon Desperate Housewives didakwa dalam skandal penipuan kemasukan kolej
Felicity Huffman antara 40 orang yang didakwa terlibat dalam komplot penipuan terbesar berkaitan kemasukan pelajar ke universiti berprestij.
Tiga pelajar kolej antara yang ditahan dalam rampasan RM8.55 juta pil kuda
Polis Pulau Pinang tahan tujuh anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas 427,600 biji pil kuda (wy) bernilai RM8.55 juta dalam tiga serbuan di sekitar negeri itu sejak 19 hingga 24 Ogos lepas.