SIBU: Keputusan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir bagi kawasan di pedalaman, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ahli Parlimen Kapit itu dalam kenyataan berkata pengurangan peruntukan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta itu akan memberi cabaran yang lebih besar kepada beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat bagi kawasannya yang terletak di pedalaman yang keluasannya menyamai negeri Pahang.
"Sebagai ahli Parlimen dan ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan, saya amat memahami dasar tindakan ini yang terpaksa diambil sebagai langkah penjimatan kewangan negara.
"Meskipun saya merasa sedikit terkilan, namun saya terpaksa menerima ketetapan ini dan berharap peruntukan ini akan dipertingkatkan oleh kerajaan dari masa ke semasa," katanya.
Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata peruntukan sebelum ini membolehkan Ahli Parlimen membantu penduduk secara lebih efisien dan disalurkan secara langsung dan pantas tanpa perlu melalui pelbagai proses di peringkat pejabat daerah atau jabatan kerajaan.
"Tidak terhad kepada penduduk di kawasan pedalaman, peruntukan seumpama ini juga besar manfaatnya kepada penduduk bandar dan pinggir bandar," katanya.
Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
![Pengurangan peruntukan sukarkan penyaluran bantuan ke kawasan pedalaman - Nanta Pengurangan peruntukan sukarkan penyaluran bantuan ke kawasan pedalaman - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675656256_TBNANTALINGGI.jpg)
NANTA: Meskipun saya merasa sedikit terkilan, namun saya terpaksa menerima ketetapan ini dan berharap peruntukan ini akan dipertingkatkan oleh kerajaan dari masa ke semasa. - Gambar fail
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
![UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721224074_UPSI.jpg)
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
![Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut
Seorang pemandu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain.
![Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222103_ZahidHamidi.jpg)
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.
![EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716854859_tbJosepBorrellFont.jpg)
EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi
EU mengulangi sokongan penuh untuk semua usaha dalam menegakkan kebenaran, keadilan, dan akauntabiliti, selaras dengan Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.
![Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721227164_TBTIKAM.jpg)
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.
![Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan memperhalusi gaji premium bagi graduan TVET dijangka mampu diperluas ke negeri lain.
![Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720073402_BangunanParlimen.jpg)
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
![Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720589679_tbAlexanderNantaLi.jpg)
Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya
Nanta juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya atau Ahli Parlimen Kapit.
![KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720073402_BangunanParlimen.jpg)
KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
![Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719311029_AlexanderNantaLing.jpg)
Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu
Bekas Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu berkuat kuasa hari ini.
![SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719295363_BangunanParlimen.jpg)
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Jejambat SPE selamat digunakan, alat pengesan keretakan akan dipasang - Alexander Jejambat SPE selamat digunakan, alat pengesan keretakan akan dipasang - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717919221_AlexSPE.jpg)
Jejambat SPE selamat digunakan, alat pengesan keretakan akan dipasang - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan berhampiran Jalan Cheras.
![KKR sahkan tiada keretakan di jejambat SPE KKR sahkan tiada keretakan di jejambat SPE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717838375_flyover.jpg)
KKR sahkan tiada keretakan di jejambat SPE
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada sebarang keretakan berlaku di jejambat Lebuhraya Setiawangsa - Pantai (SPE) di Jalan Cheras, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
![LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717818234_tblebuhraya.jpg)
LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE
LLM dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan yang didakwa retak.
![Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717661772_tbMajlisPenyerahan.jpg)
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
![Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717404796_WCS.jpg)
Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana
KKR akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.