Ringkasan AI
- Kebakaran berlaku di dapur gerai Nasi Kandar Line Q di medan selera Mydin Seremban 2, menyebabkan kepulan asap memenuhi bahagian luar bangunan.
- Pihak bomba menerima panggilan sekitar jam 2.30 petang dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa enam minit.
- Kebakaran memusnahkan 70 peratus dapur gerai tersebut, tetapi tiada mangsa terlibat.
Kejadian itu tular di media sosial memaparkan kepulan asap memenuhi bahagian luar bangunan tersebut.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.30 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di lokasi didapati berlaku kebakaran pada dapur gerai Nasi Kandar Line Q berkeluasan 6x12 meter persegi di medan selera berkenaan yang musnah 70 peratus.
"Enam minit masa diambil untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan.
Katanya, pemantauan di lokasi masih dijalankan dan kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. -Sinar Harian
