GOMBAK: Polis mengeluarkan tujuh kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan 46 saman trafik ke atas pengunjung di kawasan air terjun Sungai Pisang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut mengeluarkan dua kompaun dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada Khamis.
Menurutnya, kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak lengkap vaksinasi, selain penjaga kawasan rekreasi didapati gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung.
"Sementara saman trafik kebanyakannya dikeluarkan di Jalan Ulu Yam membabitkan kenderaan pengunjung yang diletakkan dibahu jalan sehingga pengguna jalan raya lain terpaksa memperlahankan kenderaan mereka.
"Saman juga dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik seperti tiada cermin sisi, tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu," katanya pada Khamis.
Jelasnya, kawasan rekreasi dibenarkan dibuka untuk orang awam namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kebenaran itu terkecuali bagi kawasan rekreasi yang diwartakan sebagai Kawasan Hutan Simpan Kekal," katanya.
Pada Khamis, Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Khairul Nizam Mohamed memberitahu, kawasan hutan simpan termasuk air terjun Sungai Pisang masih tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti melibatkan orang ramai.
Katanya, perkara itu berpandukan SOP terkini yang telah dikeluarkan oleh MKN yang tidak membenarkan aktiviti termasuk berkelah.
"Mungkin kerana orang ramai agak keliru dengan syarat pematuhan SOP tersebut yang sebenarnya tidak melibatkan kawasan hutan simpan," kata Khairul Nizam kepada Astro AWANI.
BACA: Salah faham mengenai SOP punca kesesakan di Sungai Pisang
Sebelum ini, beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan orang ramai melakukan aktiviti mandi manda dan berkelah yang dipercayai berlaku di sungai terbabit tanpa penjarakan sosial telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Insiden yang seakan pesta itu dipercayai berlaku sejurus selepas kelonggaran merentas daerah selepas Lembah Klang mula beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 16 2021

Pasukan polis melakukan pemantauan SOP di air terjun Sungai Pisang pada Khamis. -Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengunjung air terjun Sungai Pisang dikompaun langgar SOP
Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak lengkap vaksinasi, selain penjaga kawasan rekreasi didapati gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung.