JASIN: Kerajaan Negeri Melaka akan memperluaskan penguatkuasaan terhadap operasi tangkapan lembu ternakan terbiar kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu bagi menyelesaikan isu ternakan berkeliaran sehingga mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata perbincangan akan diadakan bersama empat PBT terbabit untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan itu, serta merangka garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaannya.
Beliau berkata perbincangan mengenai masalah menempatkan lembu ditangkap juga akan dibangkitkan dalam perbincangan yang dijangka diadakan minggu depan.
"Kami akan bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Melaka Beef Farm Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran menjaga dan menangkap lembu selain mempunyai ladang sesuai sebelum ia dituntut pemilik atau akan dilelong sekiranya mereka gagal membayar kompaun ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi Lelongan Haiwan Ternakan oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang turut dihadiri Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari dan Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd Azahar Mohamed.
Sementara itu, pada sesi lelongan hari ini, MPJ mampu meraih sebanyak RM11,700 menerusi lelongan sebanyak lima lembu yang tidak dituntut berikutan pemiliknya gagal melunaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan.
Lelongan itu membabitkan empat ekor lembu jantan dan seekor lembu betina dengan harga lelongan tertinggi adalah RM3,500 manakala terendah berharga RM1,600.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Dr Muhamad Akmal Saleh (tengah) melawat kandang Melaka Beef Sdn Berhad, menempatkan lembu terbiar yang ditangkap dalam operasi penguatkuasaan pada sesi Lelongan Haiwan Ternakan di Pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd di Semujuk. - BERNAMA

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Penguatkuasaan operasi lembu terbiar diperluas ke semua PBT di Melaka
Ia bagi menyelesaikan isu ternakan berkeliaran sehingga mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.