Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga yang lebih ketat terutamanya menjelang Ramadan dan Syawal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba dan disusuli pula dengan Syawal, kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga yang lebih ketat," kata Perdana Menteri dalam laman Facebook beliau pada Jumaat.
Najib turut berkongsi berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk "Kerajaan Laksana Pelbagai Program Bantu Rakyat Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup - Muhyiddin" di laman Facebook dan Twitternya.
Menurut berita itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
Sambil menempelak tuduhan pembangkang kononnya kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat, Muhyiddin berkata kerajaan telah banyak melakukan pelbagai program bagi meringankan beban rakyat termasuk melaksanakan Akta Kawalan Harga sebagai satu undang-undang yang melindungi kepentingan pengguna.
"Hanya Malaysia sahaja yang mempunyai undang-undang mengawal harga barangan keperluan dan makanan ini, terutama menjelang musim-musim kritikal seperti waktu perayaan," kata Muhyiddin selepas merasmikan Program Jom Bertani di Kampung Nyior Tujuh, Jerteh, Terengganu, semalam.
Sementara itu, hasrat Malaysia untuk menjamin daya saing global, Najib berkata kerajaan perlu bersungguh-sungguh mempertimbangkan dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat masyarakat supaya lebih tepat mencerminkan kesejahteraan sebenar negara.
"Malaysia menduduki ranking ke-56 daripada 156 negara dalam Indeks Kebahagian Dunia 2013 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kemajuan mapan sesebuah negara dalam dunia global dan berdaya saing hari ini tidak boleh diukur semata-mata dengan prestasi KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sahaja," katanya.
Perdana Menteri berkata pertumbuhan pesat Malaysia ke arah mencapai status negara maju mestilah selari dengan status kesejahteraan rakyat.
"Dalam penjelmaan intipati 1Malaysia, kita secara kolektif mesti memastikan semua rakyat Malaysia dapat maju bersama-sama dalam masyarakat yang saksama," katanya.
Bernama
Fri Jun 13 2014

Datuk Seri Najib Razak - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

KPDN periksa 942 premis perniagaan di seluruh negara sempena SHMMP Deepavali 2024
KPDN menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024.

KPDNHEP Sabah keluarkan kompaun 15 peniaga gagal patuh SHMMP
Kira-kira 15 peniaga dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah

Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.

COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!
Melampau!

RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.

Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga lebih ketat menjelang Ramadan - Najib
Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga.